Pendeposit risau tentang keselamatan duit simpanan. Isu duit lesap dari akaun bank tetap berlaku saban kali. Jangan panik 3 tindakan membantu anda jika mengalami situasi ini

Kes duit hilang atau dicuri tanpa transaksi sah secara terus daripada akaun bank bukanlah isu biasa. Sudah banyak kali terjadi, yang menglibatkan bank-bank konvensioal di Malaysia. walaupun, Pihak pengurusan bank sering menjaga tahap keselamatan mereka adalah yang terbaik. Pendeposit tidak perlu risau tentang keselamatan duit simpanan mereka. Namun, isu duit lesap dari akaun bank tetap berlaku saban kali. Mujurlah setakat ini ‘pencuri atas talian’ ini tak tahu cara keluarkan duit dari akaun 1  lagi.

Terbaru, seorang ibu muda anak dua telah dikejutkan dengan notifikasi transaksi penggunaan kad debit tanpa izin di mana beliau tidak pun melakukan sebarang pembelian atau langganan secara online pada masa itu. Tindakan pantas beliau menghubungi pihak bank berjaya menghalang transaksi tersebut daripada terus berlaku, namun sebanyak 16 transaksi yang dilakukan ‘perompak online’ berjaya mengeluarkan sejumlah wang RM1776 dalam masa yang singkat.

“Cerita dia Jumaat yang lepas, pada pukul 4.29 petang, aku dapat SMS menyatakan akaun bank saya telah digunakan untuk membuat pembelian bernila RM111 di UniPin SG. Time tu dah cuak ingat ada kesilapan, Jadi, terus log in dan tengok memang ada duit yang dipotong, walhal saya tak pernah buat pembelian dari situ. Selepas menyedari hal berkenaan, saya terus nak pindahkan duit dari akaun A ke akaun B. Malangnya sementara menunggu no TAC masuk. Scammer/hackers ni dah berkali-kali buat transaksi dengan nilai yang sama. Ini menyebabkan transaksi pindahkan ke B gagal sebab baki duit yang dah tally dengan jumlah saya nak pindahkan. Memang menggigil time tu” -Puan Alia

Oleh hal demikian, disini terdapat beberapa tips dan cara jika anda berdepan dengan situasi yang dialami oleh puan Alia. Pertama, jangan membuat apa-apa transaksi terlebih dahulu. Kemudian, bagi mereka yang menggunakan internet banking. Bersihkan atau delete ruang ‘history’ dalam internet. Ini bagi mengelak pintasan maklumat berlaku.

Kedua, terus hubungi bank untuk block akaun. Terus berhubung dengan pihak bank berkenaan untuk arahan sekat akaun yang telah digodam namun pihak bank akan meminta beberapa maklumat sebagai pengesahan bahawa anda pemilik sah akaun terbabit. Penggodam akan membuat tarnsaksi tanpa perlu menggunakan MSOS code atau nombor TAC. Bagaimana ini berlaku? Ini terjadi kerana terdapat pintasan maklumat berlaku.

Ketiga, tindakan seterusnya, pihak bank akan mengarahkan kita isi Dispute Form untuk menyatakan semua transaksi tu tidak dilakukan oleh pemilik akaun yang sah. Selepas itu, pihak bank akan buka investigation. Dalam masa 45-60 days siasatan. pihak bank akan berhubung dengan pemilik akaun bagi mengesahkan sebarang aktiviti yang mencurigakan. Dari hasil penyiasatan jika terdapat unsur penipuan akan dilajutkan dengan laporan kepada pihak berwajip.

Sumber: Puan Alia