Pengalaman mengandung bagi setiap wanita ini berbeza. Wanita ini pula mendapat perhatian warganet apabila dia berpisah dengan suaminya hanya kerana ini.

Perjalanan mengandung setiap wanita adalah berbeza-beza dan sangat sukar diduga. Dari awal sehingga bersalin, antara hakikat yang perlu mereka lalui adalah perubahan bentuk badan sama ada berkurangan ataupun semakin bertambah. Namun kebiasaannya, kebanyakan ibu akan berubah menjadi gempal dan mengambil masa lama untuk kembali slim seperti sediakala. Ketika ini, suami pula harus memainkan peranan penting dalam memberi semangat supaya isteri tidak down dengan bentuk fizikal mereka.

Ditinggal selepas bersalin masa 2016 sebab fizikal membesar

Namun bagi kisah seorang wanita cantik ini, nyatanya dia memiliki pengalaman yang sedikit berbeza dan meruntun jiwa. Gara-gara mengalami kenaikan berat badan selepas melahirkan zuriat kesayangannya pada 2016 dahulu, dia telah ditinggalkan oleh suami. Meskipun bentuk fizikalnya sedikit berbeza ketika itu, namun dapat disaksikan dia masih lagi tampak ayu dan comel. Akan tetapi, perubahan terbarunya yang sempat dikongsikan menerusi video di bawah ini telah mengagumkan ramai.

Dia pun dah ada keluarga baru…sentiasa doakan yang baik-baik

Tetap comel seperti 4 tahun lepas, cuma kali ini tubuhnya kelihatan sangat langsing sekali gus meraih pujian warganet. Menjengah ke ruangan komen, ada yang beranggapan bekas suaminya mungkin menyesal selepas melihat transformasi berkenaan. Namun bagi Mimi Bella, dia akur jodohnya tidak panjang selain berharap orang ramai boleh mendoakan yang terbaik memandangkan lelaki berkenaan juga sudah bahagia dengan kehidupannya sendiri.

Sumber : TikTok fitmimibella

Banyak Berkongsi Kisah Anaknya Dan Banyak Lagi. Farah Lee Sekali Lagi Meraih Perhatian Ramai Bila Dia Berkongsi Tentang Nafkah Anak

Biarpun dia bukan seorang selebriti, namun nama Farah Lee tetap dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri.Sehingga kini Farah Lee mempunyai pengikut berjumlah lebih 784,000 orang di Instagram miliknya itu yang banyak berkongsi kisah semasa belajar, kisah anaknya, koleksi pakaiannya dan kisah-kisah lain lagi.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee memuat naik sekeping gambar anaknya ketika berada di luar negara.“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulis Farah Lee.Tulisnya lagi, terutama kepada ayah-ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang sudah berpisah dengan isteri dan anak tinggal bersama dengan bekas isteri.

“Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah berpisah anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan

well-being anak-anak untuk kita,” tulisnya lagi.Farah turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa.“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” tulisnya lagi.

Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar ‘bebelan’ pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.Namun ramai yang tinggalkan komen mengadu mengalami nasib yang serupa diceritakan oleh Farah.Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya berpisah pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah.