Pengasas tudung luah kesal hingga amal ibadatnya turut dipersoal buat ramai bersimpati akan nasibnya itu. Dia dedah sebab yang satu ini dia sanggup beli tudung dengan harga sedemikian buat ramai terkelu

Sudah menjadi adat setiap kali muncul tudung mahal, pasti akan ada komen-komen dan kritikan negatif warganet terhadap pemiliknya. Tambah pula apabila ada tudung yang dibeli atau dihasilkan itu mencecah harga puluhan ribu malah kini ratusan ribu ringgit! Mengulas mengenai senario sikap warganet terhadap tudung mahal, kata pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, kata kata sedemikian sudah menjadi makanannya sejak mula bertapak 22 tahun lalu. Tudung kalis dosa ke. “Sejujurnya komen negatif warganet dah jadi makanan saya. “Untuk pengetahuan semua, tudung-tudung tersebut ditempah khas oleh pembeli, bukan kita pamer dan iklankan siapa nak beli. Bukan!

“Kalau kasut kita letak atas lantai bernilai puluhan ribu, kenapa tidak tudung? Jadi pembeli-pembeli ini lebih daripada mampu. “Jadi, saya akan buat selagi tidak ada unsur negatif. Saya akan teruskan apa saya rasa betul. Apa kata warganet dah jadi makanan saya,” katanya kepada Gempak. Tudung mahal nak ‘show off’. Tambah Haliza, penghasilan tudung dengan batuan kristal mahal jenis Swarovski menjadikan nilai item itu mencecah harga tinggi. Biarpun situasi harga tudung mahal menjadi kritikan warganet,

Haliza menegaskan ia bukan strategi atau modul untuk menunjuk-nunjuk. “Saya cuba nak menunjuk kepada jenama (yang bukan Islam) di luar sana bahawa Islam itu kaya, berdaya saing dan mampu meneraju perniagaan. “Contohnya Bawal Exclusive sekarang menjadi pemborong terbesar kristal Swarovski di dunia. Tidakkah bangga sebagai orang Malaysia dan Islam. “Swarovski itu diletakkan pada tudung, untuk menutup aurat. Jadi saya rasa komen negatif itu saya tak ambil peduli pun,” ujarnya.


Lebih baik bersedekah

Haliza juga memperbetulkan persepsi masyarakat yang melabekan pembeli tudung-tudung mahal adalah satu pembaziran dan lebih molek seandainya wang itu digunakan untuk tujuan kebajikan seperti menderma. “Kalau nak tahu saya kenal pembeli, mereka sangat dermawan. Sebelum mereka menempah tudung berpuluh ribu, mereka ini bersedekah dahulu. “Ada dalam kalangan mereka menempah tudung sampai berpuluh helai untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim. Itu yang saya nampak, yang saya tak nampak pula? “Jadi jangan cakap kalau kita tak tahu. “Jika anda tak mampu menyokong, jadi doakan sebab saya berniaga untuk menaikkan nama Islam dan Malaysia. Bukan untuk diri saya sendiri,” tambahnya.

Tudung bawal RM50,000, paling mahal di dunia

Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive memperagakan tudung paling mahal yang pernah dihasilkan di dunia bernilai RM50,000 di Kuala Lumpur malam tadi. Menurut pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, tudung paling mahal di dunia itu menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang. Katanya, kejayaan penghasilan tudung tersebut sekali gus memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 oleh seorang wanita dari Kelantan pada tahun lalu.

“Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski. “Ia dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya,” katanya pada majlis penyampaian tudung termahal tersebut di Hotel St. Regis di sini. Walaupun terkenal dengan tudung mewah, Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekaan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.

Mengimbau perjalanan perniagaannya, Haliza berkata, tiada siapa yang menjangka perniagaan yang beliau mulakan bersama suami, Mohd Rosli Awang pada tahun 1998 kini mampu menjadi jenama tudung yang semakin terkenal. “Bermula di gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bawal Exclusive kini bukan sahaja memiliki bangunan sendiri, bahkan turut mempunyai 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut. “Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka,” katanya.

RM100,000! Bawal Exclusive Tudung Paling Mahal Di Dunia

Jenama tudung Bawal Exclusive rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bermula dengan perniagaan tudung secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di Jalan Tunku Abdul Rahman, kini bertukar menjadi salah satu jenama tudung premium di Malaysia. Sehingga kini, mereka mempunyai 2 buah butik di Puchong dan Kuala Lumpur serta 29 reseller yang merangkumi setiap negeri di Malaysia. Terbaru, mengorak lagi langkah Bawal Exclusive telah mencipta sejarah dengan mempersembahkan sehelai tudung yang kini dinobatkan sebagai termahal di dunia. Bernilai RM100,000 ianya dibuka khusus sempena pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive yang terletak di Puchong, Selangor tidak lama lagi.

Untuk info, tudung ini merupakan pemberian khas oleh Swarovski kepada Bawal Exclusive sebagai tanda perhargaan dan terima kasih mereka kerana menjadi antara pemborong terbesar di dunia sejak dahulu lagi selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun. Tudung yang direka dan diinspirasikan khusus oleh pengasas jenama Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri dan Mohd Rosli Awang pastinya mencatatkan sejarah apabila diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan.

Menceritakan kisah pembukaan tersebut, ianya bermula apabila kedua-dua mereka dijemput ke majlis makan malam oleh pihak ibu pejabat Swarovski di Wattens, Austria pada 24 Oktober 2018 sempena pembukaan Swarovski manufaktur (studio reka kreatif) baharu di sana. Kesemua wakil daripada jenama terkenal dunia hadir dan merasai sendiri kemewahan kristal Swarovski yang dipertontonkan secara eksklusif kepada mereka. Menariknya rekaan yang melatari tudung RM100,000 ini merupakan idea Haliza dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head of Design Team. Berdiameter 1.14 meter X 1.14 meter, tudung ini ditaburi 7,512 kristal Swarovski dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan seramai 12 orang pekerja.