Pengemar ikan salmon. Ini 5 cara pilih ikan salmon yang berkualiti.

Selama ni tak pernah tahu rupanya ramai yang suka makan salmon. Salmon kategori ni paling sedap isinya adalah salmon dari laut dalam. Kata mudahnya, salmon liar. Berbeza dengan salmon ternak, isi salmon liar berwarna oren cerah atau pekat manakala isi salmon ternak lebih pucat warnanya.

Kedua, macam mana nak bezakan salmon liar atau ternak? Caranya mudah. Selain lihat pada warna isi, lihat juga pada garisan putih pada ikan. Kebanyakkan salmon ternak mempunyai garisan putih yang kita sebut sebagai lemak. Ini disebabkan makanan utama salmon ternak adalah makan buatan. Macam ayam kampung, ayam hutan & ayam ternak. Kan lain rasa isinya.

Ketiga, umur matang. Salmon yang bagus adalah salmon yang dah matang. Kalau nak tahu, salmon ada banyak jenis kat pasaran. Macam mana nak tahu? Salah satunya harga. Kebiasaanya salmon yang belum matang ni lebih murah berbanding salmon liar. Kadang kala ia masih dalam kategori ikan trout.

keempat, lebih besar. Ikan salmon semuanya bersaiz besar (minimum saiz 5kg ke atas). Apa kelebihan saiz besar ni? Semakin besar ukuran salmon, semakin besar perutnya, maka semakin banyak kandungan DHA dan omega 3 dalam ikan ni. Semuanya ni hanya boleh didapati dalam salmon liar sahaja.

kelima, beku. Kenapa? Sebabnya, ikan salmon yang diperoleh, terus disejuk-beku di atas kapal bagi menjaga kualiti dan kesegaran ikan. Berbeza dengan salmon yang dijual secara segar (tidak sejuk beku) biasanya dah mengalami proses perjalanan yang berjam atau berhari untuk sampai ke tangan pembeli. Kalau beli kat Malaysia, agak-agaknya, ambil masa berapa lama nak sampai ke tangan kita?