Pening kepala selepas terjaga dari tidur sering berlaku mungkin petanda anda perlu kurangkan kafein dan ubatan tertentu. 4 tips ini boleh membantu menyelesaiakan masalah ini.

Sakit kepala ini sering kali dianggap biasa oleh semua orang. Tetapi tahukah anda sakit kepala adalah satu penyakit yang serius jika serangan itu kerap kali terjadi. Bagi mereka yang sudah terbiasa mengalami kesakitan ini di pagi hari terutamanya ketika bangun tidur, mereka perlu sedar bahawa itu adalah kesan daripada hari sebelumnya.Justeru, pengambilan ubat sakit kepala setiap kali diserang gejala ini bukanlah sesuatu yang tepat. Malah, seseorang itu perlu mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kesakitan ini terhadap dirinya.

Ini merupakan kebarangkalian penyebab seseorang itu mengalami sakit kepala dengan kerap. Pertama, elakkan berlaku insomnia. Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan seseorang itu susah untuk tidur, seterusnya tidak cukup tidur walaupun terdapat waktu untuk melakukannya. Akibat penderitaan ini, seseorang itu akan bangun tidur di pagi hari dengan rasa sakit kepala.

Kedua, kurangkan anxiety atau kebimbangan melampau. Kemurungan pula merupakan faktor risiko insomnia, dan jika seseorang itu berdepan dengan kebimbangan melampau. Individu seperti ini akan lebih sukar untuk tenang dan meredakan diri. Oleh itu, rasa sakit kepala akan dapat dirasai jika seseorang itu banyak berfikir dan berada dalam keadaan yang serabut.Ini selalunya terjadi di pagi hari selepas bangun dari tidur kerana individu seperti ini akan banyak memikirkan hal dunia.

Ketiga, kurangkan minuman bekafein. Teh atau minuman yang penuh dengan kafein sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa ia dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Peningkatan tekanan darah ini akan menjadi punca seseorang itu mengalami gejala sakit kepala. Antara kaitan sakit kepala ketika bangun adalah disebabkan pengambilan kafein dan akan membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur atau sakit perut.

keempat kurangkan pengambilan ubat-ubatan. Ini selalu terjadi apabila seseorang itu terbiasa dengan pengambilan ubat ketika sakit kepala. Untuk pengetahuan anda, ubat tidak akan membantu anda untuk melegakan sepenuhnya malah akan membuatkan anda rasa sakit kepala selepas hilang kesan daripada ubat tersebut.