Peningaktan kes saban hari akhirnya menemui sinar harapan untuk menangani Covid-19 yang akan dilancarkan melalui 3 fasa hujung bulan ini.

Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam menangani Covid-19,” demikian menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Perutusan Khas sebentar tadi. Jelas beliau, penghantaran pertama vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech itu dijadualkan tiba di negara pada bulan ini sekaligus kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

”Suka saya memaklumkan bahawa Kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini. Kita menyasarkan sebanyak 8o peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” kata beliau.

Difahamkan, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan. Fasa kedua adalah melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 dan fasa terakhir adalah golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022 . Vaksin adalah sinar harapan untuk kita menang bagi mengatasi COVID-19.

Fasa pertama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula hujung bulan ini di mana melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan. ”Fasa ini amat penting untuk melindungi frontliners kita yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19. Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada bulan April,” katanya.

Manakala, fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 terdiri daripada warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Selain itu, golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini di mana anggaran jumlah keseluruhan penerima vaksin adalah sebanyak 9.4 juta orang yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.

Golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas akan menerima vaksin Covid-19 bagi fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula Mei ini sehingga Februari tahun hadapan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa ketiga merupakan fasa penting untuk membentuk perlindugan kelompok sekaligus mengekang penularan wabak ini. Bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh, Jelas Muhyiddin.

Sumber: Siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri