Warganet sebak selepas menyaksikan video yang dikongsikan Syatilla Melvin di lama Instagramnya. Rupanya ini kisahnya selepas menziarahi rumah orang tua baru baru ini.

Selebriti dan usahawan, Syatilla Melvin memiliki peminatnya yang tersendiri. Biarpun sudah membina keluarga bersama pelakon popular, Shaheizy Sam dan dikurniakan dua cahaya mata, Syatilla Melvin masih gigih membina dan mengembangkan ’empayar’ yang dibina bersama adik-beradiknya. Malah baru-baru ini Syatilla Melvin dan adik-beradiknya itu sempat meluangkan masa menziarahi rumah orang tua, Mesra Homes. Berkongsikan satu video yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya sendiri, adik-beradik Syatilla nampaknya tidak canggung dalam melayani penghuni rumah tersebut.

Dalam perkongsiannya itu, Syatilla turut mmemberitahu banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang berada di rumah itu. Malah video yang dimuat naik olehnya itu juga membuatkan pengikutnya turut sebak. Video Syatilla Melvin ziarah rumah orang tua ini telah meraih lebih 28 ribu tontonan dan 4 ribu tanda suka. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsiannya ini yang turut sebak di ruangan komen seperti berikut: “Ya Allah, sebak bila tengok video ni…Teringat masa saya menjaga dan menguruskan kedua orang tua semasa hayat mereka…”. “Allahuakhbar, ayaq mata meleleh terus”. “Tiba-tiba air mata mengalir tanpa sedar”

SUMBER: HCL

“Niat Nak Bantu Wanita Supaya Ada Pendapatan Sendiri,” Syatilla Melvin Kini Bergelar Usahawan Jamu Setelah Keluarkan Produk Kosmetik ‘Kekasih’

Pelakon dan juga usahawan kosmetik, Syatilla Melvin kini bakal bergelar pengusaha jamu tidak lama lagi. Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memaklumkan mengenai perkara itu di laman instagram miliknya apabila dia memuat naik sebuah video produksi makanan kesihatan tersebut. Dalam pada masa yang sama, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga meluahkan rasa syukur di atas kejayaan perniagaan kosmetiknya yang berjenama ‘Kekasih’ miliknya itu.

“Alhamdulillah alhamdullilah alhamdullilah! Lepas kejayaan kosmetik @kekasih_hq, Allah kabulkan doa tilla nak sangat ada jamu sendiri! Ya Allah tak sangka bila tengok production sendiri berjalan macam ni,” Syatilla juga menjelaskan bahawa dia berniat untuk membantu suri rumah dan golongan wanita untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi stokis atau ‘dropship‘ priduk jamunya itu.

SUMBER: BEAUTIFULNARA