Perempuan harus berani dekati lelaki kaya dan kikis duit mereka demi hidup mewah. Persepsi rare Uyaina Arshad buat ramai panas hati atas sikap sebenar dia

Pelakon dan hos, Uyaina Arshad ada berkongsi pendapatnya perihal si kaki kikis. Jelasnya, perumpamaan seperti materialistik atau piaau cukur sering dikaitkan terhadap golongan wanita. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak mengenal jantina dan bagi Uyaina, apa yang dilakukan di dalam menjalani kehidupan adalah suatu pilihan. “Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina.

“Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi. “Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja berhempas pulas mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya,” tulisnya. Menerusi kapsyen sama satu hantaran di Instagram, pengacara program Ratu Hijabista ini juga turut mendoakan yang terbaik buat semua wanita di luar sana.

“Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan? “Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu. “Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan? “Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua,” tulisnya panjang lebar.

Uyaina belum sedia nak kahwin

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 28, berterima kasih dengan semua peminat  dan pengikut di media sosial  yang menghormati pendiriannya kerana belum sedia berumah tangga. Uyaina atau nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata baginya jodoh adalah rahsia Allah dan perkara itu (berkahwin) akan sampai juga bila tiba masanya. “Terus-terang, saya memang belum sedia untuk melangkah ke fasa peekahwinan dan rumah tangga. Apatah lagi, hingga kini saya masih belum ada calon pilihan.

“Setakat kenal dan bersahabat memang ada. Tetapi, siapa calon istimewa itu masih belum ditemui. Ditambah, fokus saya kini lebih pada kerjaya,” katanya kepada Harian Metro. Enggan lagi mengulas lanjut gosip yang pernah mengaitkannya dengan penyanyi dangdut Indonesia, Reza Zakarya, ujar pengacara Wanita Hari Ini (WHI) berkenaan, mereka akan tetap bersahabat. “Sebagai sahabat yang mengenalinya (Reza), saya tegaskan lagi betapa sangat gembira apabila mengetahui dia sudah bertemu calon isteri yang dicari-carinya.

“Saya ucapkan tahniah dan mendoakan dia selalu dilimpahi kebahagiaan. Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak berasa sedih, kecewa, berang, hiba dan sebagainya” kata Uyaina. Menurut pelakon drama Jujurlah Nikahi Aku ini, apa yang diharapkan peminat faham iaitu Reza ada kehidupannya dan dia juga ada jalan hidup sendiri untuk diberi  tumpuan. Perkenalan Uyaina dan Reza berlaku sekitar 2018 selepas dia muncul juara program pencarian bakat,  Puteri Muslimah Asia yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.Mereka bagaimanapun dipertemukan lagi dalam pertandingan Dangdut Academy Asia 5 (DAA5) tahun lalu yang mana Uyaina bertindak sebagai pengacara, manakala Reza selaku pengkritik tetap.