Perkongsian Ramona Zamzam mengenai anaknya baru baru ini telah meraih perhatian warganet. Ini reaksi mereka selepas melihat gelagat Ivanna Alashkar.

Pelakon, Ramona Zamzam kini semakin bahagia disisi suami dimana dia telah mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan semakin ceria keluarga ini apabila dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Disember 2017 yang diberi nama, Ivanna Alashkar. Walau bagaimanapun, seperti anak selebriti lain, cahaya mata sulung kepada Ramona Zamzam ini juga tidak terkecuali untuk sering mendapat perhatian umum.

Apatah lagi, Ramona Zamzam juga kadangkala berkongsikan aktivitinya bersama anak menerusi laman sosial Instagram. Dalam pada itu, posting terbaharu dia bersama anaknya ini juga turut meraih perhatian umum. Kelihatan, Ramona Zamzam sedang merakam video sebuah produk namun apa yang lebih membuatkan orang ramai tertarik apabila gelagat comel anaknya itu sehingga video tersebut juga ditonton ribuan kali oleh peminat dan pengikut.

Menjenguk pula ke ruangan komen, bukan sahaja peminat dan pengikut Ramona Zamzam di Instagram sahaja yang ‘geram’ melihat kecomelan anaknya itu malah, pelakon Uqasha Senrose juga meninggalkan reaksinya. Posting tersebut turut tidak terkecuali untuk mendapat ribuan tanda suka daripada pengguna Instagram disamping menerima pelbagai reaksi daripada warganet. “Ape ni kecik-kecik dah cantik!!”. “Comel Ivanna… geram”. “Comel nya anak perempuan kak Ramona ni. Cute sangat”

Sumber: HCL

“Hebatnya Ivanna!” – Sama Lasak Seperti Ibu, Anak Ramona Zamzam Pun Suka Snorkeling

Sama seperti ibunya, anak pelakon Ramona Zamzam, Ivanna Alashkar juga tidak takut untuk melakukan aktiviti snorkeling. Berkongsi pengalamannya, Ramona juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan gelagat anaknya sewaktu melakukan aktiviti tersebut. Menurut Ramona, pada mulanya dia berasa agak gementar untuk membenarkan anaknya merasai pengalaman tersebut kerana usianya masih kecil namun atas semangat dan pujukan suami, dia memberanikan diri.

“Saya dan Rami kerap melakukan aktiviti air terutamanya apabila diluar. Waktu berbulan madu, kami siap pergi ke taman tema air lagi. “Saya tak boleh nak meletakkan jangkaan apabila ini merupakan penglaman pertama Ivanna melakukan aktiviti ‘mandi laut’ secara rasmi. “Sejujurnya saya berasa gementar namun pada masa yang sama saya juga mahu membawanya menerokai aktiviti snorkeling dan juga melihat penyu. “Pada mulanya saya mahu meninggalkan dia di atas bot namun Rami begitu yakin untuk membawanya bersama ke dalam air. “Alhamdulillah, nampaknya dia juga bagus sama seperti ibu bapanya. Dalam kumpulan kami, dia merupakan satu-satunya baby yang melakukan aktiviti ini,” kongsinya.- Gempak