Pernah dikritik tentang penggunaan bahasa inggerisnya ketika bercakap. Terkini Usop tunjukkan sesuatu sehingga membuka mata orang ramai dengan bakatnya itu. Ini reaksi warganet dengan persembahan Usop.

Memasuki minggu Suku Akhir Big Stage 2020 malam tadi, nampaknya kesemua peserta mula menunjukkan taring masing-masing. Konsert ini dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad, 9 malam. Malam tadi 2 peserta tersingkir iaitu Hafiz Zainal dan Nana Sheme. Biarpun begitu beberapa perserta lain turut menonjol seperti Fahd Majid, Azzam Shah dan lain-lain.

Tidak kurang hebatnya adalah persembahan dari Usop yang dinanti-nantikan sejak awal episod lagi. Kali ini Usop nyanyi lagu Inggeris dengan judul One Call Away, nyanyian asal Charlie Puth. Persembahan Usop nyanyi lagu Inggeris malam tadi sememangnya nampak cukup bertenaga. Walaubagaimanapun, nampaknya juri kurang berpuas hati dengan persembahan penyanyi berbakat ini.

Di ruangan komen, rata-rata penonton meninggalkan pendapat mereka sendiri mengenai persembahan Usop malam tadi seperti berikut. “Ucop..Ko main2 pun still suara sedaplah…Jom kita dengar sambil tutup mata”. “Dah cuba yang terbaik..Tak apa janji ada usaha”. “Suara ok tapi style dance tu yang buat tak ok…” Biarpun begitu, minggu depan Usop bakal menyanyikan lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain yang dipilih sendiri oleh juri. Lagu Kembali Merindu nyanyian asal Slam pula adalah untuk segmen Duominasi Platinum. Apa-apa pun harapnya, minggu depan semua peserta dapat buat yang terbaik sehingga ke minggu akhir!

SUMBER: HCL

Usop Dedah Keputusan SPM, Dapat ‘E’ Dalam Subjek Bahasa Inggeris

Mendedahkan ramai yang tampil mengaku sebagai kenalan rapat semenjak dirinya mula dikenali sebagai penyanyi, Usop memaklumkan bahawa perkara itu terlalu kerap berlaku kepadanya sehingga wujud segelintir pihak yang tidak segan mengaku mereka mempunyai pertalian darah dengan peserta program nyanyian Big Stage 2020 ini. Ujar Usop, terlalu kerap berdepan dengan situasi seperti itu, beliau kini juga telah menggap ia seakan perkara biasa. “Benda tu dah selalu sangat dah saya lalui.. sampai saya sendiri dah terbiasa. Kadang-kadang bukan adik beradik pun, dia mengaku adik beradik. Apatah lagi sejak saya menyertai pertandingan ini.”

Dalam pada itu, Usop juga sempat berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk subjek Bahasa Inggeris. Menurut Usop, beliau akui dirinya tidak bernasib baik dalam pelajaran lalu memilih bidang nyanyian kerana minat. “Keputusan SPM saya untuk Bahasa Inggeris E. Tambahnya lagi, beliau juga akan “buat-buat” faham sahaja andai ada dalam kalangan artis bersembang menggunakan bahasa Inggeris.

Katanya untuk berkomunikasi dengan bahasa itu agak sukar kerana beliau tidak petah berbicara dengan Bahasa tersebut. “Kalau kawan-kawan artis sembang, saya akan buat-buat faham dan hanya mengangguk. Saya Cuma faham sikit-sikit bila orang cakap tapi tak pandai nak balas balik. Saya dulu hari-hari pergi sekolah tapi tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran.”

Sumber: MSTAR