Pertama kali melihat bunga rafflesia. Pelajar UMT ini siap melakukan ini setelah teruja melihat bunga tersebut.

Firdaus bergambar kenangan dengan bunga rafflesia pada Ahad. Penat tapi berbaloi. Begitulah kata seorang pelajar yang pertama kali melihat bunga rafflesia sewaktu dia mendaki kawasan bukit di Lojing, Kelantan pada Ahad.

Menurut Muhammad Firdaus Mohamad Zuki, 23, bunga itu juga kelihatan sedikit berbeza berbanding cetakan pada wang kertas yang selalu dilihatnya. “Selalu tengok pada duit RM10 je, tapi bila tengok sendiri… saya rasa lain sikit. Mungkin sebab tak kembang penuh. Orang Asli yang guide kami kata ia dah lima hari di situ. Dah layu sikit. Tapi memang rasa kagum sebab bentuknya besar. Nampak pelik dan seram,” ujarnya kepada┬ámStar.

Firdaus turut berkongsi foto-foto dengan tumbuhan itu di Twitter.

Mesra disapa Firdaus, penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu turut mengeluarkan sekeping wang RM10 untuk dirakam foto bersama bunga berkenaan. Malah, beberapa foto yang dimuat naik ke laman Twitter turut meraih perhatian ramai sehigga menjadi tular.

Gambar pertama yang saya tunjuk duit tu memang struggle nak tangkap.

“Saya agak terkejut bila gambar-gambar tu viral. Ramai yang cakap mereka teringin nak ke sana dan lihat sendiri bunga rafflesia. Jadi wish list mereka. Ada juga yang tanya bagaimana untuk ke sana. Ingatkan biasa je, rupa-rupanya ramai yang suka,” ujarnya. Menurut Firdaus yang juga jurufoto sambilan, bukan mudah untuk dia mendekati tumbuhan berkenaan. Malah, trek pendakian juga agak mencabar memandangkan hujan baru sahaja turun di kawasan berkenaan.

Kata Firdaus, ia merupakan kali pertama dia melihat bunga rafflesia.

“Sangat mencabar, gambar pertama yang saya tunjuk duit tu memang struggle nak tangkap. Ia berada di lereng bukit. Tanah licin sebab baru lepas hujan. Saya start hiking dengan keluarga bermula 9.30 pagi, turun balik dalam pukul 12.30. Dua kali jumpa raflesia, satu lagi kat tepi sungai,” ujar pelajar bidang Perakaunan itu.

Selain foto, Firdaus turut berkongsi video bunga rafflesia menerusi Twitter miliknya. Ujar pelajar itu lagi, dia berharap dapat berkunjung ke sana lagi untuk menikmati keindahan alam dan meneroka tumbuhan liar seperti rafllesia yang dianggap cukup unik.