PM Umum PERMAI RM 15 Bilion sebagai inisiatif kelangsungan hidup rakyat

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa satu bantuan yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) akan diperkenalkan bagi membantu rakyat dan ekonomi.

Menurutnya, pakej bantuan yang bernilai 15 bilion ringgit ini akan menambah baik inisiatif yang berterusan serta mempercepatkan inisiatif yang berkaitan.

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat utama. “Matlamat itu ialah memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya ketika pengumuman pakej bantuan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini.

Antara insiatif tersebut adalah pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini, kedua,Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari dengan peruntukan tambahan RM150 juta. selain itu, lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini

Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini. JKM akan melaksanakan Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak. Seterusnya, pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021. Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan. Tambahan pulah, pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.

Peminjam PTPTN yang terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac. Juga, Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik dimana semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor,selain itu, Bantuan RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dan KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir

Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500

Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus dan Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bagi membantu meringankan beban rakyat terjejas akibat banjir. Seterusnya, RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut

Selain itu, beliau berkata, kerajaan menyediakan dana tambahan RM1 bilion merangkumi RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain. Katanya, penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta kelengkapan perlindungan diri (PPE) terutama kepada petugas kesihatan.

Sumber: Bernama