Posting Menteri Agama bersama ayahnya buat orang ramai tersentuh. Ini perkongsian Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri sehingga meraih tumpuan masyarakat.

Berjalan sambil memimpin tangan orang tua kita pastinya satu perasaan yang sangat berharga buat anak-anak. Justeru itu, menerusi perkongsian Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, beliau telah melakukan tugas mulia itu kepada bapa tersayang. Bawa ayah jalan keliling kampung. Video beliau menggenggam erat tangan bapanya sambil berjalan telah menarik perhatian warganet yang tersentuh melihat situasi tersebut.

Singgah di kampung bertemu dengan keluarga. Menerusi perkongsian beliau dalam media sosial rasminya, Dr Zulkifli memaklumkan membawa bapanya berjalan keliling kampung sebelum beliau kembali ke Kuala Lumpur. Beliau yang mempunyai urusan rasmi di Pantai Timur negara telah singgah sebentar ke kampung halaman untuk bertanya khabar dan menziarahi bapanya. “Dulu ayah pimpin tangan kita. Sampai masanya nanti kita pimpin tangan ayah. Petang tadi sempat jalan keliling kampung dengan ayah sebelum balik KL.”. Kapsyen di instagramnya. “

Singgah bertanya khabar orang tua di kampung. Mohon doa dan restu bagi meneruskan amanah yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW bersabda: “Orang tua (ibu bapa) adalah pintu Syurga paling tengah. Kalian boleh sia-siakan pintu itu atau kalian boleh menjaganya.” (Riwayat al-Tirmidhi) Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa kemrkaan Allah terletak pada kemrkaan orang tua (ibubapa). Kemrkaan Allah itu berlawanan dengan redha pada kemrkaan orang tua kerana Allah SWT memerintahkan kita agar mentaati ibubapa serta memuliakan sesiapa yang mentaati mereka. Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang tidak menyukai mereka sesungguhnya dimurk4i Allah.

Contoh yang baik untuk anak2. Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat di media sosial, rata-rata warganet telah memberikan komen positif ke atas posting yang dibuat. Rata-rata memuji tindakan Dr Zulkifli dan mengakui sebak melihat situasi sebegitu kerana terkenangkan bapa tersayang yang ada di kampung dan ada juga telah pergi menghadap ilahi. “Semoga ayah ustaz terus diberi kesihatan yang baik”. “Seronoknya dapat jalan pimpin tangan dengan ayah”

Sumber: Dr Zulkifli Al Bakri, Oh My Media