Praktik amalan orang cina dalam kehidupan keimanan Adam Corrie diragu ramai. Dia bongkar status agama sebenar pada umum

Pelakon Adam Corrie akui sebak ketika menghadiri upacara minum teh pengantin mengikut adat Cina untuk anak saudaranya. Menurut Adam dia tidak menyangka anak saudaranya kini sudah meningkat dewasa. “Upacara minum teh (pengantin) untuk keluarga terdekat. “Rasa sebak ketika Ping Yin dan suaminya bagi teh untuk minum. 

“Anak yang saya tengok dari kecil dah besar dan seperti tak percaya dah berkahwin.  “Inilah agaknya perasaan seorang ayah, melepaskan anaknya berkahwin. Kalau Fateh kahwin nanti, abah menangis agaknya,” katanya
Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama isterinya ketika upacara tersebut.Bercakap mengenai upacara tersebut, Adam memberiahu ia sebagai memperkenalkan pasangan yang berkahwin di dalam keluarga baharunya.

“Ketika upacara ini, anak saudara akan kenalkan pada suaminya bahawa saya pakciknya dan isteri saya adalah makciknya. “Selepas diberi minum teh, saya dan isteri akan bagi angpow tanda restu akan rumahtangga mereka dan mendoakan kebahagian rumah tangga mereka,” katanya lagi. Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.Adam dan Fazima dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun penantian.

Syarat Adam Corrie ‘makan’ diri?

Sembilan bulan pelakon, Adam Corrie ternanti-nanti tawaran beraksi dalam mana-mana produksi drama mahupun telefilem. Bulan berganti bulan, sehinggalah pandemik COVID-19 ‘muncul’ lalu kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan industri penerbitan ‘tidak berdaya, Adam terus menganggur. Sepanjang tempoh itu, Adam atau nama sebenar, Adam Corrie Lee Abdullah, 52, buntu mencari punca mengapa dirinya seolah-olah ‘dipinggirkan’ pengarah dan penerbit.

Puas menelah, Adam akhirnya sedar, syarat di mana dia seboleh-bolehnya enggan menghidupkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita, menjadi punca dirinya tidak lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah. “Saya tidak ingat bila kali terakhir berlakon… Ini membuktikan berapa lama saya tidak berlakon. “Sudah sembilan bulan saya tiada ‘job’. Hanya disebabkan saya mengelak adegan bersentuhan dengan pelakon perempuan, banyak produksi tidak mahu panggil saya berlakon lagi.

“Mereka beritahu saya banyak ‘bunyi’ (kerenah), baik panggil sahaja pelakon yang boleh bersentuhan. “Ada produksi yang menghubungi saya, tapi selepas diberitahu syarat itu, mereka tidak ‘call’ lagi,” katanya kepada BH Online.Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) ini terkilan dengan reaksi syarikat produksi seolah-olah pendirian enggan bersentuhan dengan pelakon waniat dianggap suatu kesalahan besar.”Bagi saya jika pengarah mempunyai pertimbangan, dia boleh menghidupkan sesuatu adegan tanpa perlu mengolah jalan cerita biarpun tiada babak bersentuhan,” katanya.

Adam memberi contoh di mana dia pernah berlaku di bawah pengarah Eyra Rahman. “Eyra mengubahsuai adegan tanpa perlu bersentuhan. Biarpun saya perlu menghidupkan watak suami dan isteri bersama Vicha, kami hanya tonjolkan melalui dialog. “Itu sudah membuatkan penonton faham. Ini adalah bukti pengarah yang baik,” katanya. Adam juga memberi contoh pengalaman bekerjasama dengan pengarah filem AADD, Rahila Ali.

“Walaupun saya menjayakan watak suami kepada Fasha Sandha, kami tidak perlu bersentuhan untuk menghidupkan karakter. Alhamdullillah, Fasha juga faham,” katanya. Adam berharap lakonannya dalam AADD yang mula ditayangkan di Astro First pada 4 Jun lalu, dapat membuka mata peminat terhadap kemampuannya. “Saya berharap orang ramai menyokong lakonan saya dalam AADD. Biarpun adegan saya tidak banyak, saya seronok berganding dengan Fasha buat kali pertama dalam filem.

“Saya berharap dapat bekerjasama lagi dengan Fasha, Rahila dan produksi Pencil Pictures,” katanya. Adam berkata, biarpun tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah atas syarat diberi, dia enggan berputus asa dan mahu kekal dalam industi seni. “Namun, jika bayaran diberi tidak setimpal, bagaimana seseorang pelakon boleh bertahan? “Saya terkilan apabila diberi bayaran tidak sepatutnya. Sedih apabila tengok kadar bayaran ditawarkan. “Saya jadi keliru dipanggil berlakon untuk apa? Bukannya saya tiada nama hingga kadar ditawarkan begitu,” katanya.

Adam hairan apabila meletakkan tanda harga, dirinya dianggap ‘demand’ pula. “Saya pula tiada penerbit ‘favourite’, jadi beginilah nasib. Tidak mengapa, biarlah orang sekat rezeki saya, jawablah di kubur nanti,” katanya. Berkongsi mengenai perniagaan Mr & Mrs Adam Corrie yang diusahakan, Adam mengaku sambutan kurang memberangsangkan. “Perniagaan saya sedang ‘berada pada tahap tidak selesa’. Biarpun butik di Busana Menara MARA di Kuala Lumpur sudah dibuka, pelanggan tidak berani masuk. Apatah lagi perlu beratur, jadi mereka agak keberatan,” katanya. Namun, katanya, pelanggan tetap berkunjung, tetapi, tiada pembeli baharu.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Saya sudah buat promosi termasuk melalui kawan-kawan. “Saya masih ada 2,500 stok pakaian yang belum terjual,” katanya. Namun, Adam tidak menyalahkan situasi dihadapi sekarang dengan penularan COVID-19. Menurut bapa kepada Adam Fateh ini, dia perlu menerima ujian dengan tabah. “Saya mengadu dengan Allah… Solat tahajud dan mengadu dengan Allah. Iyalah, semua ini, Allah yang bagi. “Kalau kita tidak menjaga hubungan dengan Allah, bagaimana Allah hendak menjaga kita,” katanya.

Adam berkata, dia sering berdoa pada waktu mustajab iaitu pada jam 3.30 pagi di mana Allah turun mendengar luahan hambaNya. “Saya tidak mengadu dengan orang lain. Ada yang bertanya, saya cakap. Jika tidak, saya tidak akan bercerita termasuk di laman sosial,” katanya. Bagaimanapun, Adam bersyukur, biarpun tiada tawaran lakonan, dia mempunyai rezeki lain seperti makanan dan kesihatan yang baik. “Walaupun tiada ‘job’, Alhamdulillah, saya cukup makan, badan sihat serta isteri dan anak saya juga sihat. “Alhamdulillah, semalam (kelmarin), saya dapat panggilan menawarkan saya menjayakan dokumentari terbitan RTM… Saya bersyukur,” katanya.