Produksi pilih kasih pilih pelakon berdasarkan satu kriteria ini. Fimie Don tampil beri pendedahan yang mengejutkan ini.

Pelakon Fimie Don, 22, berasa sangat kesal dan pernah kecil hati apabila pihak produksi kini lebih menilai jumlah pengikut artis di media sosial berbanding bakat dimiliki untuk memberi tawaran berlakon. Fimie atau nama sebenar Shafimie Saedon berkata dia terkilan dengan situasi berkenaan kerana baginya tidak adil dan boleh melenyapkan peluang pelakon yang betul-betul berbakat. “Situasi pihak produksi menilai jumlah pengikut di Instagram (IG) seseorang pelakon untuk diberikan tawaran projek drama atau telefilem ini sudah lama berlaku.

“Saya pun pernah tak ada tawaran berlakon selama empat bulan sekitar tahun lalu kerana berdepan masalah jumlah pengikut IG tak banyak. Ketika itu, saya cuma memiliki lebih 130,000 pengikut. “Malah, saya pernah panas hati dan bercakap perkataan kurang baik di telefon dengan seorang wakil syarikat produksi hanya kerana pertanyaannya berkaitan jumlah pengikut saya di IG. “Sepatutnya, dalam soal pengikut IG ini, boleh sahaja mereka (pihak produksi) ‘check’ dahulu dan tidak perlu pun telefon artis untuk bertanya. Ini kerana, nanti mereka juga yang cakap sedikit dan menolak terus pelakon itu,” ujarnya.

Jelas Fimie lagi, bagaimanapun kini jumlah pengikutnya sudah meningkat kepada 260,000 orang selepas dia tular dengan video lagu Jangan Panggil nyanyiannya. “Apapun, saya sangat kesal dengan situasi ini yang mana jumlah pengikut IG lebih dinilai berbanding bakat. Ditambah, saya pula sudah aktif berlakon sejak berumur lima tahun. “Selain itu, ada juga pihak stesen TV akan menolak terus nama seseorang pelakon apabila mendapati jumlah pengikut IG kurang daripada 500,000 orang.

“Saya pun pernah lalui pengalaman itu (stesen TV tolak nama) kerana nama ditolak berikutan dikatakan tidak popular hanya disebabkan pengikut IG tidak ramai,” katanya. Yakin dengan rezeki Allah, Fimie berkata dia juga kini aktif menjalankan perniagaan menjual popia goreng pelbagai perasa secara kecil-kecilan. “Walaupun perniagaan popia saya yang dibuat dan dimasak sendiri itu masih baharu diusahakan, tetapi Alhamdulillah setiap hari ada tempahan daripada pelanggan.

“Saya jual sahaja popia goreng untuk pendapatan sampingan. Pada saya, sekali pun tak ada tawaran berlakon tetap kena usaha cari rezeki,” katanya. Mengulas pula soal teman wanita, Fimie yang dikenali dengan drama Hikayat Putera Shazlan sekitar 10 tahun lalu berkata hatinya sudah dimiliki. “Saya dah ada kekasih. Wanita berumur 24 tahun dan bekerja sebagai pelukis batik. Kami baru setahun bercinta.

“Cuma, saya tak banyak kongsi foto kami di IG kerana menghormati permintaan kekasih. Dia pun bukan selebriti, jadi saya rasa ada banyak kebaikannya tidak dikongsi,” katanya. Mengulas kerjaya lakonannya, Fimie akan muncul dengan filem Butak arahan pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus di pawagam tidak lama lagi. Melakon watak sebagai Panjang dalam filem itu, Fimie berkata menariknya adalah jalan cerita dan mesej nak disampaikan kepada penonton.

Cik B Luah Perasaan Mama Banyak Kali Kahwin, Fimie Don Jadi Penyanyi Rap Sebab Tak Ada Job Berlakon?

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali dengan nama Cik B meluahkan perasaan tentang ibunya yang sudah beberapa kali berkahwin. Luahan tersebut boleh ditonton secara ekslusif dalam program Gempak TV yang bersiaran malam ini bermula jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Pengakuan tersebut menyebabkan DSV tergamam kerana dia tidak menyangka Cik B akan menyentuh tentang perkara tersebut.

Selain pendedahan berani Cik B, pelakon Fimie Don juga meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila dikatakan menjadi penyanyi rap kerana jobless! Bagaimanapun pelakon filem Magika ini menganggap perkara tersebut sebagai tidak berasas. Selain itu Fimie turut memperdengarkan single ‘Jangan Panggil’ bersama Raja Syahiran secara akustik diiringi Caca Merba Band. Apa lagi yang menarik dalam Gempak TV malam ini? Ini dia:

Segmen ‘Top News Highlight’ penonton akan disajikan dengan berita terkini dari laman sesawang Gempak.com yang dirapkan oleh Bammir. Lebih panas, apabila bintang Dansa Dan Sing, Waris, berkelakuan dengan melakukan sesuatu terhadap wartawan yang menemuramahnya ketika sidang media program tersebut berlangsung! Fuhhh! Apa yang buat Waris ‘jadi berang’? Semuanya akan terjawab dalam Gempak TV malam ini!