Rahim Sepahtu nekad amik satu langkah berani ini untuk kurus akibat sering jadi bahan warganet. Dia buka mulut keadaan yang terkini dapat reaksi yang satu ini daripada isterinya tular di media sosial

Isteri kepada pelawak Rahim Sepahtu, Lily Khay meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif suaminya yang kini berjaya menurunkan berat badannya. Bahkan, dedah Lily, dia juga menyifatkan penampilan suaminya kini juga dilihat lebih menarik jika dibandingkan ketika mereka mula berkahwin. “Tengok gambar terkini laki teringat ketika dia sewaktu bersaiz begini dulu. OMG! “Sejujurnya suka tengok suami sekarang, makin hari makin menarik. Betapa bermotivasinya dia kan. “Tapi kan aku pula geram tengok dia comel sangat, tu pasal kakak (anak) suka mengusik dia, ‘kerjakan’ dia, sakat dia, ye lah uols, dulu di awal perkahwinan ni, tengok lah saiz abang beratus kilogram kot,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Lily berkongsi gambar lama suaminya yang ketika itu masih lagi mengalami masalah berat badan. Bahkan, dedah Lily suaminya dulu juga terpaksa tidur menggunakan bantuan mesin oksigen akibat mengalami masalah pernafasan. “Keadaan paling diingati bila tidur pun pakai mesin sleep apnea (gangguan tidur akibat pernafasan terhenti). “Sah-sahlah tidur nak peluk pun tak boleh dulu. Takut-takut leher aku yang terbelit wayar mesin tu. Dia buka oksigen, nanti aku yang padam.


“Namun, dia sekarang dah makin fit, lebih nampak muda dan lebih sihat, Alhamdulillah,” katanya. Sebelum ini, Rahim pernah dedahkan berat badannya mencecah sehingga 125 kilogram. Bagaimanapun, dia kemudian mula menjalani gaya hidup sihat sebelum pernah menurunkan berat lebih 16 kilogram dalam tempoh sikat. Bahkan, pada 2018, Rahim juga pernah menjalani operasi bariatrik atau ‘ikat’ perut bagi menangani masalah berat badannya. Sebelum ini, Rahim dilaporkan mendirikan rumah tangga dengan Lily yang merupakan isteri keduanya pada 2015. Berita mengenai perkahwinan itu hanya diketahui umum selepas lebih setahun mereka hidup bersama.

“Sebelum mengata laki aku tengok laki sendiri dulu!” – Isteri Rahim Sepahtu dedah ada pihak cuba ganggu rumah tangga

Isteri kepada pelawak Rahim (Sepahtu), Kolin memberi peringatan kepada beberapa individu agar tidak mencampuri urusan rumah tangga dengan menyebarkan maklumat palsu mengenai keluarganya. Kolin atau nama sebenarnya Norazlin Abdullah, 43, berkata, dia sudah mengenali Rahim sebelum suaminya itu bergelar selebriti. “Aku dah lama kenal Rahim sebelum dia bergelar artis lagi, sebelum anda semua mengenali dia. Aku kenal dia dari orang tak pandang dia sampai orang kenal dia walau kemana saja dia pergi. Orang yang dulu tak mengaku kawan sekarang tiba-tiba mengaku brotherhood. Kolin memberitahu dia bahagia di samping suami dan anak-anak.

“Apa yang aku nak cakapkan dekat sini, jangan nak berani cari fasal dengan aku. Jangan berani untuk buka ruang ke arah itu. Jangan cuit laki atau anak-anak aku. “Sebelum korang nak mengata laki aku, tolong tengok laki sendiri dan tanya, layakkah korang untuk mengata fasal suami orang lain? Cermin diri sendiri sebelum bercakap. Sekali aku dah buka mulut, percayalah, lebih banyak untuk aku cakap lepas ni,” katanya. Kolin berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Ahad. Selain itu, Kolin berkata, dia berasa terkilan terhadap beberapa individu dipercayai cuba menggangu hubungan dia dan suaminya dengan memporak perandakan mereka di media sosial.

Aku tak perlu buktikan dekat korang apa yang dia buat dekat aku untuk orang pandang mulia dekat dia

Kolin turut menafikan pernyataan kononnya Rahim seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan berkelakuan tidak baik terhadapnya. Kata Kolin, pelawak itu sebaliknya merupakan seorang suami yang penyayang malah sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakan keluarga. “Aku bukan jenis yang nak canang satu dunia apa yang dia beri pada aku. Aku tak perlu bagitahu yang laki aku bagi aku dua biji rumah, dua biji kereta yang aku tak pernah bayar sesen pun, bagi aku pembantu rumah sebab taknak aku buat kerja, Sisa buangan kucing pun aku tak pernah buang.

“Bayar insurance aku setiap tahun sebab dia nak aku jaga diri aku, jaga rumah, anak-anak dan mak untuk dia. Walhal dia lelah kerja siang malam cari nafkah untuk aku dan keluarga aku untuk senangkan dan bahagiakan aku, untuk buat aku tersenyum setiap kali aku nampak dia. “Alhamdulillah, Allah sentiasa ada untuk kuatkan semangat dia demi keluarga tercinta. Hanya Allah tahu apa yang dia lalui jadi nikmat apa yang aku nak nafikan lagi? Aku tak perlu buktikan dekat korang apa yang dia buat dekat aku untuk orang pandang mulia dekat dia.

Antara perkongsian dimuat naik Kolin ke Insta story. “Tapi percayalah, itu sebahagian saja. Banyak lagi benda lain tapi aku tak rasa nak beritahu. Even apa aku buat untuk hidup, bukan untuk kau dan bukan untuk orang lain… itu prinsip hidup aku. “Sekali lagi benda sama jadi, aku akan bercakap sampai mata kau keluar cecair merah. Ya Allah, rasa tak berguna cakap macam ni tapi korang yang buat aku, korang yang lukai aku,” tulisnya. Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor. Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, 24, Aidil Aiman, 20, Airina Shazlein dan Harith Haikal, 16.