Ratu slang sensasi King Coco yang tular rampas suami orang beberapa tahun lepas. Dia bongkar sesuatu yang di luar jangkaan apabila telah bersalin jadi pertanyaan ramai siapa dibalik suaminya itu

Personaliti media sosial, King Coco telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Sabtu. Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini. “Alhamdulillah. Another hero in the family. Semua puji hanya pada Allah,” tulisnya. Bayi lelaki keduanya itu diberikan nama Putra Muhammad Haqeem. Lebih menarik menerusi posting sama, King Coco turut meletakkan tanda pagar bila masa tah dia ni mengandung. King Coco telah mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang , Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Kyle Mateen.

“Tuhan Tahu Apa Kita Buat” – King Coco Tampil Pertahan Suami Selepas Kecoh Cerita Berpisah Dengan Isteri Pertama

Instafamous King Coco tampil mencoretkan nukilan sedih buat suaminya, Kapten Azrin selepas dikritik warganet ekoran berpisah isteri pertamanya tahun lepas. Kata King Coco, dia memohon maaf terhadap suaminya kerana gagal mempertahankannya ketika dipersoal warganet. “Sayang, maafkan aku jika tempias ini menganggu mu, padahal kau tak pernah melakukan apa apa. “Kau bersama aku waktu aku tak punya siapa siapa 2 tahun lepas. Kau meneutralkan pemikiran aku sewaktu dikritik kiri dan kanan, kau sumber inspirasi aku. 

“Tapi tidak aku skrg, aku tidak dapat mempertahankanmu sewaktu warganet yang rata rata tidak tahu tentang apa yang terjadi tetap berkata kata tentang kamu, maafkan aku. Kau masih tersenyum, katakan “takpe sayang, tuhan ada. Tuhan tahu apa kita buat” itu yang masih terungkap dibibir kemas mu,” tulis King Coco menerusi Instagramnya. Malah, King Coco menyifatkan Azrin sebagai seorang lelaki budiman yang sentiasan mendahulukan keluarga berbanding diri sendiri. “Bagaimana aku tak sayangkan diri kau? Kau seorang yang sangat baik, bapa yang memikirkan tentang keluarga dari diri sendiri. “Itulah sifat mu yang tiada siapa tahu selain aku. Tapi tetap warganet tetap berkata tentang dirimu,” tambahnya. King Coco juga tersentuh dengan keikhlasan hati Azrin yang sanggup memperisterikannya ketika berada dalam kesusahan suatu ketika dahulu. Katanya juga, warganet akan sentiasa mencari kesalahan mereka dan akan menjadikan perkara tersebut sebagai alat untuk berkata tentang dirinya

Madu Instafamous King Coco Sah Sudah Berpisah, Ini Kenyataan Kapten Azrin

Suami kepada Instafamous King Coco, Kapten Azrin dedahkan telah berpisah dengan isteri pertamanya, Nor Azura Usman pada Oktober 2018. Keputusan untuk berpisah itu jelas Azrin dibuat hasil persetujuan bersama dan selepas berbincang dengan keluarga masing-masing. “Saya mengesahkan kami berdua sudah pun berpisah pada awal bulan Oktober 2018. “Saya tak pernah berniat untuk berpisah dengan bekas isteri saya. Kami berbincang dengan keluarga dan ibu saya akhirnya saya bersetuju untuk Nor Azura memfaikan kes perpisahan ini. “Mungkin disebabkan kekhilafan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Kami berpisah cara baik dan sehingga kini masih berkomunikasi demi anak-anak. Saya akui sampai sini sahaja jodoh kami berdua,” katanya memetik laporan Nona. Status madu King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail mula menjadi perhatian apabila bekas isteri Ude Wahid, Intan Saleh memuat naik gambar bersama berserta kata-kata semangat baru-baru ini. Menerusi keterangan bio Instagram Nor Azura pula, wanita itu telah meletakkan status ‘single mom’ hingga mencetuskan teka-teki hubungan rumah tangganya dengan Azrin. Hasil perkahwinan Nor Azura dan Azrin, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata. Manakala, King Coco dan Azrin memiliki seorang anak, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun.

Warganet Mengata King Coco Kahwin Suami Orang

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, kisah perkahwinan King Coco masih lagi menjadi trending dan topik hangat di media sosial. Semuanya gara-gara warganet tidak berpuas hati dan berang apabila mengetahui wanita berusia 19 tahun ini berkahwin dengan suami orang. Ditambah pula, perasaan simpati warganet apabila mengetahui isteri pertama Azrin kini dilaporkan sedang hamil. Bukan sahaja dikritik hebat selepas perkahwinan itu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail turut dilabelkan sebagai ‘wanita perampas’. Bukan sahaja dikritik hebat selepas perkahwinan itu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail turut dilabelkan sebagai ‘wanita perampas’.

Malah, Coco menerusi akhbar Harian Metro turut menyatakan isteri pertama suaminya menerima dirinya sebagai madunya. “Saya dan suami sudah selamat bernikah manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya,” katanya. Oleh itu, apa lagi yang dimahukan warganet? Dalam agama Islam sendiri membenarkan seorang lelaki berkahwin lain sekiranya dia mampu. Mungkin sudah masanya kita berhenti mengkritik insan bernama Coco ini. Biarlah dia bahagia bersama kehidupan baharu yang telah dipilihnya