Reaksi Lee Min Hoo yang pelik ini apabila lihat laut undang rasa sebak peminat bila dia sanggup buat macam ini dekat laut. Dia buka mulut perjelas situasi sebenar buat ramai terkesima sampai begini sekali rahsia yang dipendamnya

Foto  terbaharu pelakon Lee Min Ho yang dikongsikan di Instagram ketika berada di sebuah lokasi tepi pantai mengundang rasa bimbang dalam kalangan peminatnya. Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama The King: Eternal Monarch kelihatan seperti sedang menangis dengan menutup wajahnya. Lebih menimbulkan tanda tanya apabila aktor itu memuat naik beberapa keping foto tanpa memberi penjelasan mengenai keadaan dirinya. “Saya dapat rasa kesedihan itu dan melihat keadaan awak begini membuatkan hati saya luluh. Mungkin tekanan daripada kerja atau paparazi yang menyebabkan awak terpaksa melalui ini. Semoga awak kuat.

Salah satu foto yang dikongsikan Lee Min Ho. “Saya tak suka melihat awak seperti ini. Hati saya luluh. Saya berharap apa saja masalah dan dugaan yang awak hadapi sekarang, awak mampu untuk cari jalan penyelesaian. “Awak kelihatan sangat sedih. Foto itu seperti dirakam ketika awak sedang menangis. Kenapa dengan awak? Kebahagian awak kebahagian kami juga. Kalau awak sedih, kami juga terkesan,” komen peminatnya. Baru-baru ini, agensi pengurusan pelakon Lee Min Ho iaitu MYM Entertainment mengambil perlakuan undang-undang terhadap mereka yang tinggalkan komen negatif terhadap artis naungannya. Menerusi laporan Soompi, firma guaman yang dilantik agensi tersebut iaitu LIWU kini dalam proses mengumpul segala bukti untuk dibawa ke mahkamah.-Mstar


“Buat Hal lah” – Tular Lee Min Ho Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

Nampaknya semakin hari makin ramai yang mula menterjemahkan kreativiti masing-masing dengan menghasilkan video suntingan. Saban hari ada sahaja video suntingan kreatif yang muncul dan menjadi tular di sosial media serta menghiburkan orang ramai. Malah baru-baru ini pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak berkongsikan semula satu video suntingan kreatif yang boleh tahan kelakarnya. Menerusi video suntingan itu kelihatan Lee Min Ho sedang asyik menyanyikan lagu yang cukup sedih. Namun apa yang meraih perhatian ramai apabila artis Korea itu nyanyikan lagu bahasa Melayu berjudul ‘Hati Yang Kau Lukai’.

Sudah pastinya video itu hanyalah suntingan semata-mata, tapi sesuai pula dengan gerak bibir dan emosinya dalam rakaman tersebut. Memang nampak sedih sangat gayanya Lee Min Ho dalam video itu. Berikut adalah video Lee Min Ho nyanyi lagu bahasa Melayu yang dikongsikan semula oleh Zizan Razak menerusi laman Instagram miliknya: Kapsyen Zizan Razak pun boleh tahan kelakar jugakan? Dah dia nak sedih penuh emosi menyanyikan lagu itu apa salahnya. Di ruangan komen rata-rata warganet dan rakan selebriti terhibur dengan video Lee Min Ho nyanyi lagu bahasa Melayu ini. “Dengan aku aku menangis hahaha”.

Sedutan Klip Pendek Lee Minho Untuk Drama Baru ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Penonton Teruja

Setelah lama berehat daripada dunia lakonan kerana menjalani latihan khidmat ketenteraan, pelakon Lee Minho kini akan kembali menyinari kaca televisyen anda. Menerima reaksi positif menerusi drama terakhirnya iaitu “Legend Of The Blue Sea” yang ditayangkan pada tahun 2016, semua peminat melahirkan rasa teruja kerana bakal melihat kembali muka kacak lelaki itu sebagai teraju drama “The King: Eternal Monarch” pada April ini.

Lee Minho akan memainkan dua watak di mana salah satunya ialah sebagai maharaja Korea yang berusaha untuk menutup satu gerbang dimensi bagi menyekat kemasukan kuasa kurang baik dengan niat untuk memporak-perandakan kerajaannya. Manakala dirinya dalam dunia lain ialah seseorang yang bertungkus lumus untuk melindungi orang yang disayanginya daripada watak antagonis. Daripada garapan secara bersahaja drama ini, ia akan memaparkan dua kehidupan dalam dunia yang berbeza. Naskhah ini juga akan menekankan hubungan romantik di antara hero dan heroinnya.-Kimchi Daily