Rider ini menyuarakan pendapatnya dia minta untuk jangan berhenti order ketika hujan kerana satu sebab ini. Dia tampil menjelaskan sebabnya.

Situasi penghantar makanan bertugas ketika hujan. -gambar hiasan Hujan lebat sering melanda di beberapa tempat di negara ini sejak kebelakangan ini, sedikit-sebanyak memberi kesan kepada aktiviti harian masyarakat.

Sebelum ini pernah tular kisah seorang penghantar makanan dilihat berada di luar rumah pelanggan ketika hujan lebat, mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang menangis melihat pemuda itu dalam keadaan basah kuyup, tidak terkecuali ramai yang ‘panas hati’ dengan pelanggan yang membuat pesanan ketika hujan lebat.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, tular mengenai poll (undian) sama ada orang ramai masih membuat pesanan makanan ketika hujan atau sebaliknya. “Adakah anda membuat pesanan Grab atau Foodpanda kalau hujan?” tulis Siti Hawa Mohd Noor menerusi story aplikasi Instagram di akaun @sitiawe, yang dikongsi semula di akaun Twitter @loeykinn.

Satu undian mengenai penghantar makanan. -foto instagram sitiawe

Berdasarkan undian itu, 79 peratus daripadanya menjawab ‘tidak’, manakala baki 21 peratus memilih untuk memuat pesanan ketika hujan.Susulan undian tersebut, pemilik akaun Instagram menerima mesej secara langsung (DM) daripada seseorang dipercayai penghantar makanan.

“Silalah buat (pesanan ketika hujan). Ia merupakan satu-satunya cara untuk menaikkan pendapatan kami. Kami amat menghargai kerana mereka bersimpati dengan kami, tetapi kami memilih untuk bertugas dalam situasi seperti itu. Jadi, tak perlu risau pasal hujan dan semuanya. Minta bersabar je mungkin lewat kadang-kadang kan,” katanya.

Maklum balas daripada seorang penghantar makanan terhadap undian yang dibuat.

Perkongsian yang diulang kicau lebih 15,000 kali itu menerima pelbagai reaksi, malah mendapat maklum balas daripada penghantar makanan sendiri.

“Aku sebagai rider Foodpanda, korang (kamu) order je tak apa kami hantar. Yang buat kami lagi rasa dihargai bila pelanggan tulis nota supaya tak payah rushing (terkejar-kejar) dan be safe (berhati-hati)! Dan kalau boleh bagilah upah sikit sebagai tanda terima kasih ye dok,” komen seorang netizen. Ya, saya juga Foodpanda. Order je kalau rasa nak order kami tetap akan hantar juga cuma lambat. Ada banyak sebab juga kenapa hujan-hujan pun kami tetap hantar makanan pelanggan. Yang memahami kami ucapkan terima kasih,” ujar seorang lagi penghantar makanan.

Beberapa warganet tidak bersetuju sekiranya pesanan dibuat ketika hujan kerana tindakan itu boleh mengancam keselamatan penghantar makanan. “Walaupun tu memang kerja dia, tapi tak kasihan ke rider redah hujan-hujan lebat semata-mata nak hantar makanan dekat kita. Cuba letakkan diri kita untuk naik motor, hujan lebat, dengan bahaya kereta lagi keluar pergi kedai, kita nak ke? Lebih kepada empati,” ujar seorang warganet.

Jangan rushing, rakyat Malaysia ni jarang yang mati kebuluran.

“Ya memang kalau tak ada order, maka tak ada pendapatan. Tapi kita lebih memikirkan keselamatan mereka. Malang tak berbau. Semuanya mengenai common sense sebenarnya. Yes memang mereka sendiri suruh kita order untuk pendapatan mereka. Kita lebih fikirkan keselamatan,” kata seorang lagi. Tidak dinafikan terdapat warganet yang memilih untuk membuat pesanan bagi penghantaran makanan meskipun ketika hujan, namun mereka memberi pandangan masing-masing.

Antara komen warganet termasuk penghantar makanan.

“Macam I hari tu order sebab teringin sangat nak makan. Tapi I bagi dia tips RM5 dan minta maaf sebab order waktu hujan,” ujar yang lain. Kalau order dekat Foodpanda or Grabfood semasa hujan, I akan tinggalkan nota Jangan rushing, rakyat Malaysia ni jarang yang mati kebuluran bang. Dekat lampu isyarat berhenti, nyawa lebih penting daripada makanan saya,” katanya.

Menangis Budak Ini Apabila Rider Seramai 42 Orang Menghantar Makanan Di Depan Rumahnya. Ini Yang Berlaku Sebenarnya.

Cebu: Pesan hanya satu namun 42 penghantar makanan tiba di depan rumah. Itu yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak di Filipina yang menerima 42 pesanan makanan gara-gara masalah internet.

Kisah itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terpaksa membuat pesanan makanan menerusi aplikasi kerana ibu bapanya bekerja. Kompas melaporkan laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi penghantar makanan gara-gara kesilapan aplikasi itu.

Kejadian berlaku jam 11 pagi, Rabu lalu apabila kanak-kanak itu bersama neneknya memesan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng berharga 189 peso (RM15.89). Bagaimanapun, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan itu.

Dia bagaimanapun gagal membayar keseluruhan 42 pesanan itu berikutan ibu bapanya hanya meninggalkan wang secukupnya untuk membeli filet ayam itu. Jiran kanak-kanak itu, Dann Kayne Suarez berkata, kanak-kanak itu sememangnya sudah biasa dan kerap memesan makanan menerusi aplikasi itu.

Bagaimanapun, masalah internet menyebabkan proses pesanan menjadi lambat membuatkan kanak-kanak itu menekan pesanan sama sebanyak 42 kali. Sekumpulan 42 penghantar makanan yang tiba di kejiranan itu secara serentak menyebabkan jiran sekitarnya terkejut hingga tular di sosial media.

Kanak-kanak itu dilaporkan ketakutan dan menangis sebaik melihat kedatangan pesanan sebegitu banyak berikutan tiada wang untuk membayarnya. Bagaimanapun, jiran tetangga kanak-kanak itu berhasrat membeli filet ayam itu termasuk Dann yang kemudian memuat naik gambar dan video di sosial media. Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran. Sebelum ini di Malaysa juga  pernah terjadi kes di mana kanak-kanak tersalah pesan makanan secara dalam talian