Rihanna tergamak mengajak pengikutnya lakukan satu perkara ini terhadap Lubnan raih perhatian Yatt Hamzah. Dia luah rasa ini terhadap penyanyi tersebut yang tidak bersikap pilih kasih akan agama yang dianutinya

Pelakon Yatt Hamzah memuji usaha penyanyi popular Hollywood, Rihanna yang mengajak para pengikutnya seramai 100 juta di Instagram untuk menderma ekoran kejadian tak diduga di Beirut, Lubnan awal bulan lalu. Menurut Yatt, meskipun bilangan pengikutnya tidak begitu ramai, namun dia berharap agar ramai yang menyalurkan bantuan  kepada golongan yang terjejas di negara itu. “Rihanna telah meminta 100 juta pengikutnya di Instagram untuk menderma bagi membantu Beirut, walaupun dia belum lagi Muslim, dia tetap bantu atas dasar kemanusiaan. “Dan walaupun pengikut saya tak sampai pun 1 juta, saya tetap nak mohon semua followers untuk menderma sejak awal peristiwa gempar itu berlaku,” tulis Yatt di Instagram.

Sementara itu, Yatt berharap agar sumbangan dari rakyat Malaysia mampu mencecah sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000. “Mungkin telah berjuta dana dari pengikut Rihanna dikumpulkan, saya hanya mohon untuk kumpulkan sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000 dari rakyat Malaysia, jika dapat. “Alhamdulillah, hampir RM25,000 telah berjaya dikumpul, saya harap dapat capai target RM50,000, ayuh bantu Beirut, sebarkan post ini, saya mohon, demi manusia, demi agama,” tulisnya lagi. Di penghujung kapsyen, Yatt telah menyertakan butiran lengkap sebuah pertubuhan yang menguruskan wang sumbangan untuk diberikan kepada mereka yang terjejas di Lubnan.

Suami Yatt Hamzah tunda misi ke Syria demi anak

Pelakon Yatt Hamzah, terharu apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khairuddin sanggup menangguhkan pemergian ke Syria untuk berada di sisinya ketika melahirkan anak keempat. Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 39, yang selamat melahirkan bayi perempuan, Isnin lalu pada jam 6.01 petang, berkongsi berita gembira itu menerusi satu muat naik di Instagram, kelmarin. Dalam paparan itu, Yatt memaklumkan, bayi yang juga anak perempuan keempatnya itu lahir lewat 13 hari daripada tarikh jangkaan.

“Bayi saya sepatutnya lahir pada 18 Disember lalu. Alhamdulillah, selepas 13 hari menunggu, saya selamat melahirkannya secara normal. “Saya berterima kasih kepada suami kerana sanggup menangguhkan misi bantuan ke Syria demi menanti kelahiran bayi kami,” katanya. Yatt mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zulfadhli yang juga seorang juruvideo pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 3, serta Suci Hayfaa Medina, setahun. Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor, Yatt dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, 9.

13 hari lepasi tarikh jangkaan, anak keempat Yatt Hamzah selamat dilahirkan

Penantian pelakon Yatt Hamzah berakhir selepas cahaya mata keempatnya selamat dilahirkan pada 30 Disember lalu. Yatt yang sudah melepasi tarikh jangkaan melahirkan anaknya 13 hari lalu bersyukur kerana selamat melahirkan bayi perempuan secara normal seberat 3.3 kilogram (kg) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.  
“Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pada 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam. “Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaaa), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur . “Terima kasih atas doa-doa yg baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers..Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah..” tulisnya.
 
Yatt berkongsi berita gembira tu di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama bayi di hospital. Yatt juga berterima kasih kepada suaminya yang banyak membantu serta menemaninya sepanjang proses tersebut.“Paling bererti, terima kasih suami tercinta zulfadhli khiruddin yang sentiasa berada di sisi dari saat di saat memerlukan, di labour room ketika isterimu bersalin dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team mapim hanya untuk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur,” katanya. Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

Yatt Hamzah Beri Nama Anak Suci Hawa Zulaikha, Ini Sebabnya…

Pelakon Yatt Hamzah memilih nama Suci Hawa Zulaikha buat cahaya mata keempatnya yang lahir minggu lalu.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 40, mengumumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. “Sempena mengambil keberkatan sunnah menamakan anak pada hari ketujuh, bonda dengan rendah hati berkongsi nama puteri keempat yang hari ini (semalam) telah genap lapan hari usianya, iaitu Suci Hawa Zulaikha Binti Mohammad Zulfadhli,” tulisnya. Pada masa sama, Yatt turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama yang diberikannya itu.”Nama yg baik bersempena dengan nama ibu kita semua iaitu Hawa, isteri Nabi Adam AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi Yusof AS iaitu Zulaikha.

“Suci pula membawa maksud kudus, bersih, harum dan baik juga bersamaan dg nama awal ketiga-tiga kakaknya.
“Mudah-mudahan akhlak dan keperibadian anak bonda ini secantik dan seindah namanya. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup,” luahnya.Dalam perkongsian entri itu, Yatt turut memuat naik gambar terkini bayinya, namun masih belum dedahkan wajah penuh anaknya.

Cukuplah Tik Tok, buat perkara tak berfaedah musim Covid-19, selar Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah menggesa pengikutnya agar tidak terus terbuai dengan aplikasi sia-sia Tik Tok. Yatt, nama popular Haryati Hamzah, berkata orang ramai harus sedar amaran Allah menerusi wabak Covid-19 yang diturunkan kepada umat manusia. “Cukup-cukuplah Tik Tok melainkan benda-benda yang mendidik dan bermanfaat. Hentikanlah perkara sia-sia dan undang perkara tak baik. “Kenapa meliuk-liuk pada hari mulia Jumaat? Mana pergi rasa hormat? Ramadan makin dekat, banyakkan taubat dan ibadat, Allah bagi ujian Covid-19 bukan saja-saja. 

“Kita disuruh lihat hikmah dan bermuhasabah,” corenya di Instagram semalam. Pelakon filem “Impak Maksima” dipercayai merujuk aktiviti orang ramai yang gemar menghabiskan masa di Tik Tok bagi menghilangkan bosan terkurung di rumah. Katanya, Tik Tok harus dimanfaatkan menerusi perkara yang berfaedah dan memberi maklumat kepada orang ramai.  “Tik Tok tidak salah kalau kandungannya tak lagha. Tik Tok terlompat-lompat, meliuk lentik-lentok Ok kalau kanak-kanak bawah umur yang buat. Yang dewasa tidak perlulah. “Kita Tik Tok yang OK bermanfaat sikit contohnya Tik Tok cara-cara cuci tangan, pakai sanitizer, pakai mask, mengaji atau cara-cara solat. “Untuk berniaga pun ok asalkan patuh syariah,” coretnya lagi.