Risau bila tudung kesayangan luntur warna atau rosak dan susah nak gosok. 5 Cara Simpan Tudung agar kekal kemas

Tak susah pun nak buat tudung bawal ni jadi on point, asalkan kita pandai jaga. Satu lagi, kena ada kesabaran yang tinggi. Bukan setiap hari tudung kita menjadi, ada ketika ia akan tak ada mood juga, Pernah tak korang risau bila tudung kesayangan luntur warna atau rosak? Apatah lagi, bila ianya merupakan ‘limited edition’ atau hadiah dari yang tersayang. Jadi sebenarnya, ramai yang tak tahu cara penjagaan yang sebetulnya. Dan mula lah ‘complain’ kualiti tak bagus and so on.. sedangkan, material yang mahal pun cepat rosak jika tidak dijaga dengan betul.

Penjagaan tudung yang betul amatlah penting. Ini supaya, ia berada dalam keadaan yang kemas dan kelihatan cantik. Membuatkan si pemakai juga mudah mengayakannya.  Jom ikut tips ini untuk tahu cara yang betul bagi menjaga tudung.

Pertama, rendam dalam pelembut fabrik. Mana-mana jenis pelembut bergantung kepada kehendak anda. Rendamkan tudung seketika didalam air suam yang telah dicampurkan dengan sabun serta pelembut fabrik. Sabun jenis cecair adalah lebih bagus berbanding serbuk kerana ia lebih lembut pada fabrik. Kemudian, bilas dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun dan pelembut fabrik melekat pada tudung. Jangan rendam dengan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan fabrik. Rendaman selama 15-30 minit sudah cukup.

Kedua, elakkan cuci menggunakan mesin basuh. Kebanyakan kain tudung diperbuat daripada fabrik yang lembut. Oleh itu, basuhan tangan adalah lebih selamat berbanding mesin basuh. Ini kerana, menggunakan mesin basuh boleh meregangkan fabrik tersebut. Ketiga, tidak terdedah dengan cahaya matahari terik. Jangan jemur di bawah terik matahari. Tudung yang disidai di bawah cahaya matahari terik akan menyebabkan warnanya menjadi cepat pudar. Jadi, sidai di tempat cahaya yang redup dan tidak terkena direct cahaya matahari. Juga diingatkan supaya jangan biarkan disidai terlalu lama di ampaian.

Keempat, gosok dengan suhu yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis tudung dari berlainan jenis fabrik. Jadi anda harus tahu suhu yang sesuai dengan fabrik tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan ‘silk’, kainnya memang lembut, jadi anda kena lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak terlalu panas untuk elakkan tudung terbakar.Lebih bagus jika menggunakan iron stim dengan suhu yang sederhana. Jadi tudung akan susah untuk berkedut semula apabila digayakan.

Kelima, asingkan dengan kan atau pakaian lain. Walaubagaimanapun, jika anda sibuk dan tidak mempunyai masa untuk basuhan tangan. Anda boleh mencuci menggunakan mesin basuh tetapi pastikan gunakan tetapan ‘delicate’. Cuci bersama tudung sahaja dan jangan sesekali mencampurkannya dengan kain atau pakaian lain. Anda juga boleh menggunakan bekas berjaring supaya fabrik tak rosak. Jangan sesekali cuci tudung yang mempunyai manik atau perincian seperti labuci menggunakan mesin basuh.