Risteena tanpa segan silu sanggup berikan sesuatu ini pada Isa Khan pada hari jadinya jadi pertikaian ramai. Dia tampil bersuara pertahan perlakuannya yang ini buat warganet tak keruan

Pelakon Isa Khan dedahkan telah menerima empat kali kejutan dari tunangnya, Risteena Munim sempena sambutan hari lahir yang ke-27. Bermula dari 15 Julai hingga 18 Julai lalu, Isa kagum dengan kegigihan Risteena merancang untuk meraikan hari istimewa itu. “Risteena buat kejutan untuk hari lahir saya sebanyak empat kali. Kalah hadiah kereta Audi yang saya belikan dekat dia. “Kejutan pertama dia bawa saya pergi Banjaran Spring Hotspring. Itu sehari sebelum dia bawa saya dan keluarga menaiki kapal layar di Royal Selangor.

“Yang ketiga dia bawa saya pergi makan malam di Bayan Tree Hotel. Keesokkan harinya, dia ajak saya pergi The Curve untuk tengok wayang. “Bila saya masuk, dekat skrin pawagam tu tayang video-video kami yang telah digabung. Penonton yang ada dalam tu rupanya ahli keluarga kami. Risteena sewa satu panggung wayang. “Saya dah tertanya-tanya Risteena tak rasa penat ke? Saya pun dah penat sebab empat hari berturut-turut,” katanya ketika dihubungi Gempak. Dalam pada itu, adik kepada aktor Miller Khan berkata sejak ayahnya pergi menghadap Illahi dia menggantikan sambutan itu dengan majlis tahlil. “Sejak tahun 2006 saya tak pernah sambut. ayah pergi menghadap Illahi masa hari lahir saya.

“Saya pernah cakap pasal ini dekat Risteena. Tapi tahun ini dia nak juga sambut, saya tak sangka pulak sehebat macam ni. “Sebelum ini saya akan buat majlis tahlil pada haritu. Tahun ini pun saya tetap melakukan rutin yang sama,” katanya lagi. Baru-baru ini Risteena diraikan sempena ulangtahun perkenalan mereka menerusi hadiah sebuah kereta mewah jenis Audi A5. Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Miller Khan belum tahu hubungan Isa dan Risteena – “Kalau mereka pilih nak kahwin dan berani amik risiko, baguslah”

Pelakon Miller Khan mengakui terkejut apabila mengetahui kekasih adiknya yang juga pelakon Isa Khan iaitu Nur Risteena pernah bertunang dengan ahli perniagaan dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini. Bagaimanapun, Miller, 32, berkata dia tidak mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan cinta mereka memandangkan adiknya belum bersedia untuk berkongsi perkara itu. “Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.

Warganet membuat andaian individu disebalik foto lelaki yang dikongsi Risteena adalah Isa Khan. “Saya ada hubungi dia (Isa), cuma mungkin dia tak berani dan belum terbuka lagi nak kongsi mengenai hubungan cinta mereka itu. “Bagi saya, masing-masing dah dewasa. Kalau mereka pilih untuk berkahwin, nak hadap risiko dan bersedia dengan komitmen itu baguslah,” katanya kepada mStar. Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan ditemui ketika sesi fotografi bersama mStar di Menara Star, Petaling Jaya, pada Jumaat. Risteena sebelum ini dikatakan sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sepatutnya berlangsung pada November ini.

Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun, khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat apabila aktres itu berkongsi video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap seorang lelaki. Warganet mula membuat andaian bahawa individu disebalik perkongsian Risteena itu adalah Isa memandangkan aktor tersebut juga ada berkongsi foto seorang wanita tanpa dedahkan wajah. Menerusi laporan mStar pada 31 Oktober lalu, Isa, 26, memberitahu dia hanya memerlukan sedikit masa lagi bagi membuat pengumuman istimewa termasuk dedahkan identiti kekasihnya.

Miller rancang kahwin ketika usia cecah 40 tahun memandangkan kekasihnya masih muda. Dalam pada itu, pelakon yang menempa nama di Indonesia ini memberitahu dia tidak kisah jika adik bongsunya itu ingin berkahwin terlebih dahulu. Menurut Miller, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang apabila usia mencecah 40 tahun berikutan kekasihnya masih muda. “Tak apa la kalau dia nak kahwin terlebih dahulu sebelum saya. Adik saya yang seorang lagi iaitu Aliff pun sudah berkahwin. “Mungkin perancangan untuk saya kahwin dalam sekitar usia 40 tahun. Lagipun kekasih saya masih muda,” ujarnya.

“Ramai Yang Tanya, Macam Mana Pertemuan Dengan Isa Khan…”- Risteena Dedah Perbualan ‘Sweet’ Dengan Kekasih

Pelakon Risteena Munim dedahkan ramai yang bertanya mengenai bagaimana pertemuan pertamanya dengan tunang, Isa Khan sebelum menjalinkan hubungan cinta. Namun Risteena berkata dia masih belum bersedia untuk menceritakannya. “Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula. “Insya-Allah satu hari nanti saya akan kongsi betul-betul dengan semua.  “Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula. 

“Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama,” katanya. Risteena berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik beberapa paparan skrin perbualan mereka menerusi aplikasi Whatssapp. Tambah Risteena lagi, dia mahu mengajak pengikutnya menghargai orang-orang tersayang termasuk keluarga kerana akui hidup terlalu singkat. ”Hargai keluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka. “Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya. 
“Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late.
“ Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat,” katanya lagi.Pasangan ini bertunang pada 23 November tahun lalu.