Rita Rudaini dedah aktiviti yang satu ini dia amalkan satu keluarga buat hidupnya makin tenang buat ramai tak keruan atas perkongsiannya tersebut. Dia bongkar manfaat aktiviti tersebut pada dirinya

Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sudah pasti, Rita mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lebih-lebih lagi untuk bekalan akhirat. Menerusi satu entri di Instagram, baru-baru ini Rita berkongsikan dia bersama anak-anaknya kini belajar membaca Al-Quran secara atas talian dua kali seminggu bersama dengan Ustaz Haji Sazalie Nordin. “Tengok Al-Quran pun Allah bagi pahala, apatah lagi kalau kita baca. Kami belajar online 2x seminggu dengan Ustaz . Terima kasih banyak Ustaz. “Ilmu yang Ustaz bagi pada saya dan anak-anak akan saya bawak sampai ke akhir hayat kami. Jasa Ustaz pada keluarga kami tak dapat saya balas. Hanya doa kami anak beranak untuk Ustaz sekeluarga,” tulisnya

Rita Rudaini juga turut meluahkan rasa syukur kerana dengan bantuan Ustaz Sazalie, dia dan keluarga kecilnya dapat memperbaiki diri serta bacaan Al-Quran. “Yang boleh guide kita, yang boleh ubah diri kita dan rawat hati kita hanyalah Al Quran dan solat. Naif ilmu agama macam mana pun kita, perangai tak semenggah macam mana pun kita, bacalah walau pun sebaris. “Solat lah walaupun terpaksa. Lama-lama kita akan rasa rugi untuk tinggal Al Quran dan solat. Ikhlas dari perjalanan hari-hari saya. Terima kasih Allah,” tulis Rita lagi.

Rita Rudaini sentimental dengan anak sulung

“EH? Kenapa ‘sebijik’ ‘daddy’ ni? Oklah tak kisah, anak kami jugak,” kata pelakon Rita Rudaini yang mengimbau kembali kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahirannya ke-11, baru-baru ini. Rita menerusi Instagram berkata, kelahiran Rayyan memberi nilai sentimental apabila individu yang terdekat dengannya begitu teruja dengan kelahiran pertamanya itu. “Buah hati pertama. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang sesuatu yang menggembirakan. Semua tunggu dia lahir. Ketika dalam bilik bersalin, tiba-tiba teringin nak makan ‘cheese cake’ (kek keju) dan kopi. Bapanyalah kena turun pergi beli.

“Ketika itu makan memang tak ingat dunia hingga lupa nak beranak. Tengah hari dia nak keluar, tapi tak boleh sebab saya tak pandai. Maklumlah kali pertama melahirkan anak. Tali pusat terbelit sampai kena vakum,” katanya. Menurut Rita, Airit antara insan kuat yang dipilih untuk menjadi keluarga kelak. “Alhamdulillah, ketika kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat. “Anak yang banyak tengok susah senang ‘mommy’, air mata ‘mommy’, belajar dari kesusahan ‘mommy’ dan membesar dengan 1,001 kisah kami. “Tak sangka anak ini ‘dipilih’ untuk menjadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin, moga akhlakmu seindah syurga. Apabila besar nanti lindungi ‘mommy’ dan adik,” katanya. Seorang lagi anak Rita hasil perkahwinan dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak iaitu Airit Qaqa Arjuana, 9.

Rita Rudaini Dedah Pengalaman Bersalin Ketika Bersama Bekas Suami

Pelakon Rita Rudaini mengimbas kenangan ketika melahirkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahiran ke-11. Cerita Rita, kelahiran pertama itu disambut gembira oleh semua keluarga termasuk bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan. Menurutnya lagi, Aidil melayan semua permintaannya termasuk teringin untuk makan dan minum sesuatu sebelum melahirkan Airit. “Buah hati pertama penuh sentimental value. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang sesuatu yang mengembirakan. “Mommy, daddy (Aidil) ,maktok, tokwan, paklong, paksu dan semua keluarga tunggu kelahirannya.

“Dah dalam labour room tiba-tiba teringin nak makan cheese cake dan coffee. Dah daddy turun beli. Makan memang tak ingat dunia macam lupa nak beranak. “Tengahari dia nak keluar tapi tak boleh sebab mommy tak pandai, pertama kali kan. “Kemudian, dah terbelit tali pusat pula dan doktor kena forceps tapi tak boleh juga. Akhir sekali vacum laa dan keluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni?’ Ok lah tak kisah pun sebab nak kami juga,” katanya. Rita berkongsi pengalaman bersalin itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Rita memuat naik foto Airit bersama kek dan lilin berbentuk nombor 11 melambangkan usianya. Pun begitu, Rita bersyukur kerana anaknya itu bersama dengannya susah dan senang menempuh liku hidup.

“Alhamdulillah, masa kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat. Anak yang banyak tengok susah senang mommy, airmata mommy. “Anak yang banyak belajar dari kesusahan mommy. Anak yang banyak faham perasaan mommy, anak yang membesar dengan seribu satu kisah kami. “Tak sangka, anak ini ‘di pilih’ untuk jadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin moga akhlak mu seindah syurga. Besar nanti protect mommy dengan adik ya. Jangan main-main ya saya ada 2 anak lelaki yang strong dari kecil lagi hehe,” katanya lagi. Rita dan Aidil berkahwin pada tahun 2008 dan berpisah pada September 2013 Selain Airit Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 9