Rosyam Nor imbau kenangan menusuk kalbu bila hanya baca surah al fatihah ketika ayahnya dalam keadaan ini buat ramai sebak. Dia buka mulut nekad cerita perkara sebenar pada umum agar tidak ulangi kekurangannya yang satu ini

Pelakon Datuk Rosyam Nor berkongi kisah bapanya yang telah pergi buat selama lamanya yang memberikan pengajaran paling besar buat dirinya. Rosyam menerusi menerusi program Rumah No 107 dedahkan penyesalan yang terbuku dihati apabila tidak dapat mengaji untuk bapanya. “Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu. “Bila bapa saya pergi menghadap Illahi bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.

“Saya tengok bapa saya terbujur kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk bapa saya.“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa tak bergunanya saya. “Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa tiada kau tak boleh sedekahkan. “Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah.

“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” kongsinya. Selain Rosyam, Zizan Razak juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut. Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing. Saksikan episod penuh Rosyam dan Zizan menerusi Rumah 107 hari ini, jam 9:00 malam di Astro Warna HD -Gempak

‘Zul tak patut cakap begitu’ – Rosyam Nor

Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata, kenyataan Zul Yahya yang menyifatkan karier pekerja belakang tabir industri filem dan drama sebagai tidak berkat dan meminta mereka mengubah haluan kerjaya sebagai pandangan peribadi. Bagaimanapun, Rosyam berkata, Zul tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia berkaitan rezeki. “Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.

“Dia juga tak sepatutnya berkata sedemikian ada unsur tidak jujur dan lain-lain perkara yang tak elok. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni. “Jadi, sesiapa yang masih lagi cari makan dalam bidang ini, mereka perlu teruskan perjuangan untuk mencari rezeki,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Rosyam, tanpa kru belakang tabir, bagaimana stesen TV boleh beroperasi yang mana pengisiannya turut menampilkan program dakwah.

“Ustaz dan pendakwah yang buat program ceramah dan dakwah pun ada juga unit kru sendiri. “Jadi, kru belakang tabir sebenarnya besar peranan mereka. Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul. “Mungkin nasibnya dengan izin Allah, dia dapat mencari rezeki dengan cara yang lain,” katanya. Sepanjang yang diketahuinya, Rosyam memberitahu, tidak 100 peratus kru belakang tabir kekal dengan kerjaya ini selamanya. “Kadangkala selepas beberapa ketika, mereka beralih cari kerja lain.

“Kalau Zul kata kata tak berkat, rasanya itu agak mengguris perasaan semua orang. “Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga,” katanya. Rosyam berkata, sekiranya seseorang mahu melakukan perkara yang tidak senonoh dan tidak baik, ia bukan hanya berlaku dalam bidang seni. “Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.

“Kita pun pernah dengar tabung masjid kena amik tanpa izin serta kita pernah dengar barang-barang masjid kena amik tanpa kebenaran dan yang mengambilnya pun orang dalam juga. “Benda-benda ini kita tak tahu. Bila ada kenyataan itu rasanya sesuatu yang tak elok. Biarlah orang-orang seni berhadapan dengan rezeki mereka dan Allah yang menentukan,” katanya. Rosyam menolak sekiranya ada usaha untuk mempertemukannya dengan Zul kerana enggan memperbesarkan perkara ini. “Terpulanglah apa dia nak cakap. Dalam kerjaya kami, satu yang bagusnya ialah semua orang boleh komen baik kurang industri tapi kami tak kisah dan tak jadi kudis pun. “Cakap apa pun, kami tetap bekerja meneruskan perjuangan kami. Mungkin ada orang keluar dari industri itu kerana dia seakan gagal bertahan,” katanya.-My Metro