Rupanya ada sebab mengapa pakaian menjadi keras selepas dijemur. Sekali ini 4 cara untuk pakaian anda kekal lembut.

Ada beberapa sebab mengapa pakaian menjadi keras selepas ia dijemur. Perasan tak ketika mengangkat jemuran di ampaian, ada antara pakaian anda menjadi keras dan terlalu kering? Tapi jangan bimbang, ada beberapa cara untuk membuatkan pakaian anda kekal lembut meskipun dijemur seharian di ampaian.

1. Cuka putih

Tambahkan satu sudu kecil cuka putih ke dalam mesin basuh pada bilasan terakhir. Ia bertujuan untuk membantu melarutkan sisa bahan pencuci yang digunakan. Ia juga bertindak sebagai pelembut pakaian semula jadi dan tidak akan memberi bau seperti mana pelembut kain yang biasa. Jangan bimbang, bau cuka juga akan hilang ketika pakaian mengering!

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan bagi memastikan pakaian anda sentiasa lembut.

2. Kurangkan serbuk pencuci

Sebenarnya penggunaan serbuk pencuci berlebihan menyebabkan pakaian menjadi keras ketika ia dijemur di bawah sinaran matahari. Jadi cuba kurangkan penggunaan serbuk pencuci.

3. Mesin pengering

Gunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian anda sekurang-kurangnya selama 10 minit sebelum digantung atau dijemur di luar rumah. Dengan cara ini, ia dapat membantu mengembangkan serat pada pakaian dan mengelakkan ia menjadi keras ketika dijemur.

4. Perah

Bagi cucian tangan, perah pakaian anda dengan baik bagi memastikan lebihan air dan bahan pencuci tidak melekat pada pakaian.

Pemilihan baju pengantin yang betul amatlah penting bagi menyambut hari bahagia setiap insan yang bergelar raja sehari. Ini 4 tips dapat membantu anda

Setiap bakal pengantin mesti akan susah hati dan pening kepala, yelah warna apa nak pakai nanti di hari bernikah dan bersanding? Warna mana yang sesuai untuk dipadankan. Tips pemilihan warna baju nikah dan bersanding ini perlu menitikberatkan ke dua-dua pasangan.

Antara tips pemilihan warna baju pengantin adalah mengikut warna kulit, mengikut bentuk tubuh badan dan mengikut tema majlis. Pertama, pilih baju pengantin mengikut warna kulit pasangan. Disini terdapat beberapa tona warna kulit. Setiap tona warna kulit ini ada kelebihan dan kekurangannya. Justeru itu, untuk menaikkan lagi seri pengantin, pengantin perlu bijak dalam pemilihan warna baju dan tona warna kulit. Jika putih gading adalah tona warna kulit yang putih dan sesuai menyarungkan pelbagai rona warna.

Untuk menaikkan seri wajah pengantin ketika bergambar, mereka disarankan untuk memilih warna baju yang kontra dengan kulit mereka.  Elakkan pemilihan warna pastel atau pudar. Ianya akan menyebabkan tona warna kulit kelihatan pucat dan tidak bermaya. Tetapi sekiranya pengantin mahukan juga warna-warna seperti ini, make up memainkan peranan yang sangat besar untuk menaikkan seri muka.

kedua, Kuning langsat bermaksud putih yang kekuning-kuningan. Tidak terlalu putih dan bukan juga berkulit berwarna hitam. Kulit warna ini adalah kulit wanita Asia. Untuk bakal pengantin yang berkulit cerah, anda boleh pilih warna yang menyerlahkan lagi keanggunan anda seperti warna merah terang, biru gelap, ungu pekat, merah pekat dan sebagainya. Elakkan pemilihan rona warna krim, coklat, dan oren. Warna seperti ini menyebabkan wajah pengantin kelihatan kusam dan tidak bermaya. Contoh warna baju untuk kulit kuning langsat atau cerah.

Ketiga, pemilik kulit sawo matang ini lebih gelap berbanding kulit kuning langsat tetapi kebiasaannya warna kulit seperti ini juga adalah warna kulit wanita Asia. Warna kulit seperti ini sesuai menggayakan pelbagai warna. Walaubagaiman sekali pun, tetap ada warna yang akan menengelamkan keserian wajah atau menyebabkan wajah kelihatan suram dan tidak berseri. Antara warnanya adalah seperti warna coklat gelap dan kuning.

Kempat, Tona warna ini agak gelap sedikit daripada tona kulit sawo matang. Justeru itu, pemilik tona kulit ini perlu bijak dalam pemilihan warna baju pengantin. Bagi mereka yang mempunyai tona warna ini warna baju yang paling sesuai adalah merah, jingga, hijau, plum, kuning dan royal blue. Ianya membantu menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit serta menaikkan seri wajah. 

Itulah serba sedikit tips bagaimana untuk menentukan warna baju nikah yang sesuai mengikut warna kulit, tubuh badan dan tema majlis perkahwinan. Warna baju pengantin tidak boleh ditentukan mengikut trend terkini bagi sesuatu tahu Tapi, warna baju nikah dan bersanding ini hendaklah ditentukan mengikut ciri-ciri si pengantin itu sendiri.