Saharul Ridzwan sanggup terperap di bilik serta enggan bergaul dengan rakan rakan sebab ingin fokus akan satu benda ini buat ramai kagum dengannya. Dia dedah result semasa belajar buat ramai terkedu. Tak sangka result dia amat gempak buat ramai kagum

Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan bergelar pelajar cemerlang ketika menuntut di sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan sekitar tahun 2012. Akui Saharul, dia terpaksa lupakan banyak perkara demi mengejar cita-citanya dalam bidang aeroangkasa ketika itu. “Ada student aircraft tak kat sini? Tengah-tengah belek sijil, terjumpa pula transkrip ni. “Teringat balik waktu belajar dulu. Awal-awal masuk belajar, saya memang nekad sungguh-sungguh, nak dapatkan almost dean list setiap semester. “Jadi banyak benda yang saya perlu pertimbangkan. 3 tahun fokus betul-betul, bila member-member ajak pergi KL huha huha, saya sabar dan duduk je terperap kat kolej tu belajar, Alhamdulillah. Dapat result macam ni,” kongsinya.

Menerusi transkrip tersebut, Saharul dedahkan dia memperoleh keputusan CGPA 3.70 dalam diploma Teknologi Pengurusan Kapal Terbang dari kolej tersebut. Malah, kata Saharul sikap sama dipraktikkannya dalam kehidupan sekarang. “Sama juga sebenarnya bila kita aplikasikan dalam kehidupan sekarang. “Kalau kita nakkan sesuatu, nekad sungguh-sunggu dan bersedialah untuk lepaskan sesuatu untuk capai impian kita. “Kena yakin, apa yang kita lepaskan itu setimpal dengan kejayaan yang kita dapat nanti. Yang penting doa, tawakal, usaha, dan sabar. Insha-Allah. “Kejayaan tu bukan dari atas sekeping sijil, tapi macam mana kita bersusah payah untuk dapatkan result yang kita nak,” tambahnya.-Gempak

Saharul Ridzwan akui terima penjelasan TNB

Pelakon Saharul Ridzwan, 31, mengakui sudah menerima penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan bil elektrik seperti dilaporkan Harian Metro sebelum ini. “Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya,” katanya ketika dihubungi. Pelakon drama bersiri Kau Aku Kita itu berkata, dia juga sudah menerima penjelasan daripada operator TNB.

“Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak berang kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya,” katanya. Bagaimanapun, dia menolak untuk bersua muka dengan pihak TNB. “Kalau jumpa pun saya masih perlu melunaskan bayaran. Lainlah kalau selepas lawatan mesra dan diberikan penjelasan, saya akan terima potongan dan sebagainya,” katanya. Menurutnya, walaupun ada penjelasan atau lawatan mesra dilakukan pihak pembekal elektrik itu, dia selaku masyarakat masih perlu membayar dan melunaskan bayaran kerana tidak ada pilihan lain. Saharul sebelum ini meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi mencecah sehingga RM1,144.75.-Metro

Saharul Ridzwan, isteri sambut puteri

Impian aktor berbadan sasa, Saharul Ridzwan menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan pada jam 4.20 petang tadi. Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, melahirkan anak kedua secara operasi di sebuah pusat perubatan, di sini. Bayi comel seberat 3.3 kilogram (kg) itu dan ibunya, masing-masing sihat.

Saharul bersyukur isterinya selamat bersalin. Tambah mengujakan, mereka sengaja tidak mahu mengambil tahu jantina anak sehingga bayi berkenaan dilahirkan. “Saya bergegas membawa isteri ke hospital pada jam 9.30 pagi selepas pecah air ketuban. “Doktor menasihatkan isteri dioperasi biarpun sebelum ini, Qaabila Deena mahu melahirkan anak secara normal,” katanya kepada BH Online. Pasangan ini mempunyai anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang berusia tiga tahun.

Pelakon drama Kau Aku Kita ini bersyukur doa mendapatkan anak perempuan termakbul. “Gementar lain macam kali ini… Berbeza dengan pengalaman pertama dulu. “Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik operasi. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa.

“Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak rebah pun ada,” katanya. Saharul berkata, dia dan isteri sudah memilih beberapa nama untuk puteri mereka. Namun, nama yang sesuai belum diputuskan lagi. “Mungkin selepas tujuh hari dilahirkan baru kami pilih nama dan kongsi foto anak,” katanya. Saharul dan Qabila Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.-Berita Harian