Sambutan hari Deepavali tidak lama lagi. Akhirnya Menteri keselamatan tampil bersuara beri syarat pada rakyat yang ingin menyambut sambutan hari Deepavali pada tahun ini

Happy Deepavali untuk semua penganut hindu di Malaysia! Nak sambut perayaan di kala pandemik ini memang agak menyedihkan sebab tak meriah macam tahun lepas. Tapi kita masih boleh sambut dengan keluarga tersayang dan saudara terdekat. Itu yang penting kan?

Menjelang sambutan hari Deepavali 13 November ini, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggariskan beberapa panduan sepanjang sambutan perayaan tersebut.

 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya semalam telah mengumumkan 5 syarat untuk sambutan Deepavali bagi tahun ini.

5 Syarat sambutan hari Deepavali 2020

  1. Upacara sembahyang di kuil hanya dibernarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB) untuk 5 sesi sepanjang 30 minit. Terhad kepada 30 orang setiap sesi
  2. Pihak pengurusan kuil perlu menyediakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan dan saringan gejala berkaitan Covid-19 seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
  3. Kehadiran perlu direkodkan menggunakan aplikasi MySejahtera atau di dalam buku kehadiran, penganut yang menghidap sakit teruk, warga emas dan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak digalakkan hadir.
  4. Pergerakan merentas mukim, daerah atau negeri daripada kawasan PKPB dan PKP Diperketatkan (PKPD) bagi tujuan balik kampung adalah tidak dibenarkan.
  5. Sambutan perayaan di rumah kediaman teres dalam kalangan keluarga terdekat pula ditetapkan bagi keluasan 1500 kaki persegi, tidak boleh melebihi 10 orang dan bagi keluasan melebihi 2500 kaki persegi tidak melebihi 15 orang.

Tambah Ismail Sabri, bagi kawasan yang dikenakan PKPD hanya sambutan perayaan bagi seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja dibenarkan.

Untuk korang yang sambut Deepavali harap boleh ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita dapat jaga diri kita tahun ni. Tahun depan kita semua boleh sambut dengan lagi meriah!

Beberapa Perubahan SOP PKPB & PKPP Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Ismail Sabri

Bagi mengelakkan kekeliruan, kerajaan akan mengumumkan beberapa perubahan membabitkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah membentangkan SOP baharu itu dalam sidang khas dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Tetapi kita minta kemaskan kembali cadangan itu kerana tidak mahu berlaku kekeliruan di dalam masyarakat yang akan menyusahkan rakyat kita sendiri.”

Tambah beliau lagi, kerajaan akan teruskan arahan yang dikeluarkan 24 Julai lalu kepada mereka yang pulang ke tanah air mahupun warga asing yang masuk ke negara ini untuk menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan. Ini kerana kelonggaran untuk kuarantinkan diri dirumah berlaku banyak masalah. “Banyak berlaku masalah apabila kebenaran kuarantin kendiri di rumah diizinkan sebab ramai yang tidak mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Disebabkan itu, kerajaan membuat keputusan untuk melakukan semula kurantin wajib di stesen kuarantiin yang telah ditetapkan. Katanya dalam sidang media harian mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-231 dan hari ke-147 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.