Sambutan hari lahir isterinya disambut dengan gembira walaupon berdepan dengan pandemik covid 19. Namun AzizulHasni Awang luahkan sesuatu mengenai pemberiannya kepada isteri sehingga menarik perhatian warganet.

Atlet lumba basikal trek negara, Azizul Hasni Awang ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari kelahiran isteri yang ke-35. Dalam ucapan tersebut, Azizul mendoakan semoga isterinya itu agar terus istiqomah dalam kehidupan dan menjadi isteri serta ibu yang terbaik. “I tak mampu nak bina jambatan emas dari Terengganu ke Perak. I tak mampu nak sediakan 7 dulang hati nyamuk. I tak mampu nak bagi 7 dulang hati hama.

I tak mampu nak bina jambatan emas dari Terengganu ke Perak, I tak mampu nak sediakan 7 dulang hati nyamuk. I tak mampu nak bagi 7 dulang hati hama, I tak dapat nak sediakan 7 tempayan air pinang muda. Tapi i dan anak-anak mampu untuk masak di hari yang istimewa ini.. I doakan semoga sayang terus istiqomah didalam kehidupan dan terus menjadi yang terbaik buat i dan anak-anak. Selamat Hari Lahir @tyailyana tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pemenang pingat perak sukan Olimpil Rio 2016 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Azizul turut memaklumkan dia dan anak-anak telah bertungkus lumus untuk memasak sempena hari istimewa tersebut. Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet tidak menyangka atlet tersebut memiliki sifat yang sangat romantik selain turut mendoakan semoga pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah. Terdahulu, Azizul bersama isterinya, Athiah Ilyana Datuk Abdul Samat telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Januari 2010. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Amna Mariyam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Dahulu, Azizulhasni awang pernah menghadiahkan pingat kepada isterinya. Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat emas dalam acara keirin di kejohanan Piala Dunia Klasik di Beijing, China merupakan ‘hadiah perkahwinan’ untuk bakal isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat pada majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada Sabtu ini. Mohd Azizulhasni berkata, sebelum ini Athiah Ilyana ada memintanya untuk memenangi emas sebagai hadiah perkahwinan. “Saya cuma berjanji akan cuba sedaya upaya dan syukur akhirnya berjaya memenangi emas acara keirin selain meraih jersi putih,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada menyertai kejohanan itu.

Sumber: Instagram Azizul Hasni Awang, MediaHiburan