Sandra Dianne sanggup tebalkan muka demi jual ikan masin tampung keluarga kerana tak laku di industri hiburan. Dia buka mulut dedah keadaan kini buat ramai bersimpati akan nasibnya

Penyanyi dan peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Menurut Sandra, dia sibuk menguruskan perniagaan ikan masin di Sabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac lalu. “Mungkin ada yang kata saya menghilang sebelum ini, tetapi sebenarnya tidak, saya masih aktif dalam dunia seni dengan menghasilkan lagu dan melakukan kerja belakang tabir. “Tapi pada masa yang sama, saya juga banyak meluangkan masa dengan perniagaan ikan masin saya di Sabah. “Saya mula sibuk menguruskan perniagaan ini sejak PKP dilaksanakan baru-baru ini,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Sandra juga menyedari kepentingan untuk seimbangkan kerjaya dalam bidang seni dan perniagaan. “Saya cuba untuk seimbangkan kerjaya dalam dunia seni dan perniagaan, saya sedar saya tidak harus bergantung dengan satu sumber pendapatan sahaja, sebab itulah saya ceburkan diri dalam perniagaan sebagai satu alternatif mencari pendapatan tambahan,” katanya lagi. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000. Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya.

Sandra gilap semula nama

Biarpun percubaan kedua menampilkan kelainan dengan lagu balada tidak membuahkan hasil diharapkan, pendirian Sandra, 24, untuk merakamkan karya matang masih tidak berubah. Pernah popular dengan lagu Hey Kau!, Sandra atau nama lengkapnya, Alessandra Dianne Ampuria berkata, keinginan untuk tampil dengan karya yang menyerlahkan kemampuan sebenar vokalnya tidak pernah pudar. “Saya akur apabila peminat masih belum bersedia menerima perubahan yang cuba dibawa menerusi Aku Dan Kekasih. Mereka mahu saya kekal dengan genre pop seperti dibawakan dalam Hanya Kau!.

“Memang sedih apabila lagu terbaru tidak mendaki carta, tambahan pula saya menaruh harapan Aku Dan Kekasih akan membawa sinar baharu dalam kerjaya. Mungkin peminat terkejut apabila saya tiba-tiba beralih genre,” katanya. Sandra berkata, buat sementara waktu, dia memilih untuk tidak merakamkan lagu balada, tetapi akan membawakan semula genre itu apabila tiba masanya. “Sebagai penyanyi, sudah tentu saya mahu mempelbagaikan pilihan lagu untuk menonjolkan sisi berbeza. Balada antara genre lagu yang saya minati, tetapi mungkin peminat melihat saya kurang sesuai menyanyikannya.

“Saya masih muda, jadi mereka mahu saya tampil dengan lagu bersesuaian usia. Tidak mengapa, sampai masa nanti, saya akan pastikan impian ini menjadi kenyataan,” katanya. Tidak berputus asa mengetengahkan karya baharu, Sandra akan melancarkan single, Terkemuka, menampilkan Ben Zulu dan Zizi Kirana. Kata Sandra, dia yakin kemunculan terbarunya itu akan menggilap semula namanya yang hampir tenggelam, terutama apabila mendapat sentuhan komposer terkenal, Malique (Too Phat).

“Semestinya saya tidak akan berputus asa dan akan terus mencari apa yang peminat mahu dengar. Saya yakin Terkemuka memenuhi permintaan mereka yang gemarkan lagu yang segar dan berjiwa muda,” katanya. Dalam perkembangan lain, Sandra turut tampil dalam lagu Salima, duet dengan penyanyi baharu, Ryan Deedat.

Ippo-Sandra mula cipta nama

Tahun lalu, nama Ippo Hafiz, 27, mula meraih perhatian apabila nyanyiannya menjadi lagu tema untuk drama Teman Lelaki Upahan dan Hidayahmu Ramadan di TV3. Kini, Ippo mengukuhkan lagi namanya apabila lima lagu ciptaan dan nyanyiannya dipilih menjadi lagu tema untuk drama Cinta Si Wedding Planner juga di TV3. Bukan saja Ippo, pendatang baru seni suara tanah air iaitu Sandra juga bernasib baik apabila lagu Hey Kau nyanyiannya diminati ramai.

Lagu Hey Kau ciptaan komposer Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran itu dipilih menjadi lagu tema untuk drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku di TV3 juga drama Tersuka Tanpa Sengaja dan ditayangkan di Astro Ria. Ia bagaikan bonus berganda buat penyanyi muda berasal dari Sabah itu, kerana lagu diketengahkan berjaya memperkenalkan Hey Kau kepada peminat. Ditemui pada sesi fotografi Selebriti, ternyata Ippo dan Sandra berasa lega dengan pencapaian yang diperoleh. Ia memudahkan untuk perancangan seterusnya dalam karier nyanyian masing-masing.

Menjelaskan mengenai perkembangan karier, Ippo berkata, sejak tiga tahun lalu memang sudah ada beberapa lagu ciptaan dan dendangannya dijadikan lagu tema untuk drama. “Bagaimanapun, rezeki saya lebih menyerlah pada tahun ini apabila drama Si Wedding Planner menggunakan lima lagu saya untuk lagu tema. “Antara lagu dipilih ialah Kekal Bahagia, Ku Takkan Mampu, Ku Ingin Kamu, Hujan Sepi dan Yang Terindah,” kata Ippo yang turut aktif bekerja di belakang tabir menghasilkan skor muzik untuk drama. Menurutnya, jika tiada aral dia akan menghasilkan album sulung dengan memuatkan semua lagu nyanyiannya yang pernah menjadi lagu tema drama.

Katanya, hingga kini ada 11 lagu ciptaan dan nyanyiannya sudah diketengahkan sebagai lagu tema drama yang kebanyakannya ditayangkan di TV3.“Rugi rasanya jika saya tidak memuatkan semua lagu itu di dalam satu album. Ditambah, saya yakin penerimaan baik pendengar. “Selain itu, melalui album sulung ini akan membantu peminat mengenali saya dengan lebih dekat,” katanya. Ippo atau nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz berkata, berbanding dirinya lagu dinyanyikan lebih popular dan menjadi perhatian pendengar. “Sebenarnya, kebanyakan peminat yang mendengar lagu nyanyian saya selalu beranggapan Ippo Hafiz ialah penyanyi dari negara jiran Indonesia. “Ini kerana, vokal saya yang dikatakan lebih mirip penyanyi dari Indonesia. Hakikatnya, saya adalah anak jati Malaysia.

“Apapun, bukan mudah untuk saya membina nama serta mengembangkan bakat dalam penciptaan lagu dan nyanyian. Ini kerana, cita-cita saya pernah dihalang keluarga. “Ketika saya memberitahu ibu bapa mahu melanjutkan pengajian dalam bidang muzik, mereka membenarkan tetapi kos pembiayaan saya perlu sediakan sendiri,” katanya. Ippo yang sudah aktif dalam penciptaan lagu sejak 2009 sama sekali tidak menyangka bakat seninya terserlah sejauh ini. Ujarnya, mungkin apa yang diperoleh sekarang berkat kesabaran dan tidak pernah berputus asa.

Semakin mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit untuk menghasilkan lagu tema drama, Ippo berkata, sebelum berada pada tahap sekarang, hasil karyanya juga pernah ditolak. Namun, enggan cepat berputus asa dia gigih memperbaiki apa yang kurang, katanya, dia percaya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Ditanya bagaimana dia mendapat ilham untuk menghasilkan lagu tema drama, Ippo berkata, melalui plot cerita diberi selalunya membolehkan dia mendapat gambaran untuk mencipta lagu sesuai.