Sanggup ketepikan kerjaya doktor demi meraih populariti dalam bidang lakonan buat ibu bapa Dr Shazril luah rasa gusar yang satu ini. Dia nekad bersuara pertahan pendiriannya cetus perdebatan ramai

Pengacara My Doktor, Dr. Say Shazril akui kedua-dua ibu dan bapanya mempertikaikan pilihannya untuk menceburi bidang lakonan. Kata Say, selain tanggapan orang ramai terhadap bidang berbeza, dia risau sekiranya kerjaya sebagai pelakon tidak sesuai baginya yang berkelulusan perubatan. “Salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan tanggapan orang terhadap saya.

“Iyalah ‘belajar tinggi-tinggi tup tap end up berlakon. Apo cito?’. Sekurang-kurangnya itu apa yang ibu dan bapa saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon. “Tapi bila fikir balik ‘why not?’ dan ‘what’s wrong with doktor berlakon?’,” kongsinya menerusi entri di Instagram. Tambah Say, dia bersyukur dipertemukan dengan pelakon dan produksi yang membantunya mengasah bakat lakonan pertama kali. Malah, Say akui bidang lakonan drama lebih sempoi berbanding iklan.

“Yang membezakan drama dengan iklan adalah drama sangat ‘chill’. Nak olah skrip ikut keselesaan sendiri boleh janji point itu ada. Kalau iklan kena ikut 100 peratus skripnya,” ujarnya. Say turut mendapat nasihat dan bimbingan daripada Nabila Razali, Mona Allen dan Fahrin Ahmad yang turut menceburi bidang lakonan daripada latar belakang pendidikan berbeza. “Saya faham dilema dan permasalahan asas menjadi pelakon, dulu keluarga saya lagi risau dan garu kepala, apatah lagi mereka guru dan pensyarah. “Saya belajar undang-undang tapi tak praktis.

“Bercakap mengenai situasi terkini, takkan habis selagi memikirkan tanggapan orang terhadap kita. Rezeki datang dalam pelbagai cara. “Definisi bahagia dan berjaya pun berbeza dalam diri setiap manusia. Yang pasti dalam hidup saya belajar apa yang penting adalah antara kita dan Tuhan. “Sikap paling asas dalam diri kita ialah ikhlas dan niat, insan-insan tersayang dalam hidup dan jangan pernah berhenti meneroka potensi diri,” nasihat Fahrin.

Dr Say cemas, isteri WhatsApp foto ‘dua line’ – “Saya mungkin akan dikata dengan perkataan kurang baik … tapi Say Shazril mana dengar cakap bini”

Bapa mana yang tidak gembira, tidak bersyukur apabila mereka diraikan dan dihargai sempena Hari Bapa. Bagi seorang doktor popular ini, hadiah Hari Bapa yang diterimanya bukan biasa-biasa, mungkin sesuatu yang tidak pernah dijangkakannya pada hari istimewa itu. “Best Father’s Day Gift Ever!!! (Hadiah hari bapa yang terbaik!!!),” tulis Dr Muhammad Shazril Shahruddin di laman Instagramnya. Segala-galanya bermula apabila dia menerima satu panggilan mengejut daripada isterinya, Dr Azura Abas malah diberikan ‘amaran’ berhubung dengan kejutan itu.


Dr Say berkongsi kisah mengenai panggilan tak diduga daripada isterinya. “Pagi tadi saya dapat panggilan tak diduga daripada bini ‘Ubby, I buat UPT (ujian kehamilan) tadi dan dapat dua line (garisan). I macam tak percaya, jadi I buat sekali lagi dan dapat dua line juga! Tapi samar-sama kedua-duanya, betul ke ni? I hamil ke ni?’. “Dah dia kalut saya lagilah kalut ‘Waaah, best sangat unny! Alhamdullilah! Happy sangat, mai gambar tengok,” ujar beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril di laman sosial.

Berkongsi pengalaman, Dr Say Shazril yang merupakan pengacara bagi program Tanya Doktor dan My Doctors berkata, beliau kemudian menerima sekeping foto kit ujian kehamilan daripada isteri menerusi aplikasi WhatsApp. “Saya mungkin akan dikata dengan perkara negatif oleh bini akibat post gambar ni tapi saya tak boleh tahan! Di WhatsApp-kannya gambar di atas dengan pesanan ‘you jangan post, benda tak pasti lagi, kalau tak jadi nanti I down (sedih)’.

“Tapi Say Shazril mana dengar cakap bini dan Say Shazril mana boleh simpan excitement (keterujaan) maka alhamdulillah… Saya tahu mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang-kurangnya kehamilan mereka dah masuk trimester kedua. “Tapi bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat,” tambahnya.

Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Doktor berusia 32 tahun itu tampil menjelaskan meskipun telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia setahun, Aezril atau lebih mesra dengan panggilan Ace. “Sebab apa doc cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau tak boleh dapat anak lagi?’. Tu semua ada saya jelaskan dalam video YouTube pertama saya tidak lama lagi! “Sesuatu yang saya dan bini tak pernah kongsikan dalam media sosial kami kemungkinan yang kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

Bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat

“Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini saya ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya. “Kasihan tengok Ace tak ada kawan dan kasihan tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa,” ujarnya secara berseloroh merujuk wajah Ace mirip wajah isterinya. Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say Shazril dan Dr Azura dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 5 Mei 2019.

Sebelum ini, Dr Say Shazril pernah berkongsi mengenai masalah kesuburan dan usahanya untuk mendapatkan zuriat, sehingga perkongsian tersebut menjadi tular. Selain dedahkan dirinya menjalani ujian kesuburan, beliau turut menggariskan beberapa tip untuk kesuburan lelaki seperti mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, mengamalkan pemakanan sihat dan aspek pemakaian khususnya seluar yang ketat.