Satu kluster ini menyebabkan 130 anggota polis dikuarantin. Timbalan Ketua Menteri jelaskan punca berlakunya kejadia tersebut

Baru baru ini berlakunya perbalahan di Jalan Green ketika berlmagsungnya hari kekasih pada 14 februari lalu yang membawa pengesanan satu daripada kluster baharu covid19 di Sarawak. Datuk Douglas Unggah Embas yang merupakan Timbalan Ketua Menteri menjelaskan kluster itu dikenalpasti sebagai kluster Jalan Green yang menyebabkan 130 anggota polis dikuarantin.

Jelas beliau , indeks kes Kluster Jalan Green adalah kes ke-7,093 dan ke-7,094 yang dikesan melalui saringan orang kena tahan (OKT) tngkpan polis pada 14 Februari di Kuching.”Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak kepada kedua-dua kes indeks ini mendapati tambahan empat kes dikesan.”Sehingga 12 tengah hari, hari ini, seramai 148 individu disaring dan enam kes dikesan positif manakala 112 kes masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Covid-19 Sarawak,

Kata Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, keenam-enam kes positif dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan pengesanan Kluster Kejatau di Sri Aman.Uggah berkata, Kluster Kejatau adalah kluster di tempat kerja membabitkan sebuah pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan Fasa 2, Jalan Kejatau, Sri Aman.

“Sehingga 12 tengah hari, hari ini, seramai 92 individu disaring dan tujuh kes dikesan positif Covid-19 termasuk indeks kes, enam kes negatif dan 79 kes masih menunggu keputusan,” katanya.Hari ini, sebanyak 199 jangkitan baharu dikesan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di itu meningkat kepada 7,624.Terdapat dua kematian baharu akibat Covid-19 di Sibu menjadikan jumlah keseluruhan kes pemergian meningkat kepada 69 orang di Sarawak.

Terkini kkm sahkan kluster Tawar dah masuk generasi ke 3. Sampai ada sekolah di Kulim diarahkan tutup lepas cikgu dan murid disahkan positif covid 19. Mengejutkan rupa rupanya ini punca.

Nampaknya penularan wabak COVID 19 di Kedah semakin memburuk selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah sekolah di Kulim, Kedah ditutup selepas ia dikaitkan dengan penularan jangkitan COVID 19 daripada Kluster Tawar.

Menurut Berita Harian, infografik KKM mendedahkan 4 kes baharu di Kulim semalam membabitkan seorang guru dan 3 murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti COVID 19.  Difahamkan juga, mereka ini ialah ahli keluarga kepada kes indeks 9,113.

Dengan ini juga, Kluster Tawar juga telah memasuki generasi ketiga. Uish laju sungguh wabak ni merebak!  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi terhadap sekolah berkenaan bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.

“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan COVID-19 ke atas semua muridnya. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini. “Saya harap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media semalam. Dalam apa jua keadaan, ingat… patuhi SOP dan jangan lupa pakai mask ye! Harap kluster ni tak merebak dengan lebih teruk lagi.