Satu persatu tampil bersuara isu sensasi yang mengaitkan imej resort Aliff Syukri yang tercemar sebab satu kenyataan panas seorang individu ini. Abby Abadi luah pendapat ini jadi kecoh apabila warganet turut masuk campur isu ini

Perlakuan pelakon Abby Abadi memuat naik semula hantaran Instagram (IG) usahawan Datuk Seri Aliff Syukri di laman sosialnya undang pelbagai reaksi warganet. Tidak menyalahkan sesiapa menerusi posting tersebut, Abby cuma melontarkan persoalan samada moto ‘customer is always right’ masih sesuai digunakan dalam situasi dialami Aliff Syukri. Di ruangan komen pelbagai pendapat diberikan warganet, termasuk menganggap Abby menyokong Aliff Syukri dalam isu yang tular sejak semalam. Abby bagaimanapun menegaskan perkongsiannya adalah mengenai sikap sesetengah pelanggan. Katanya pelanggan seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan sesebuah perkhidmatan, bukan lantas menularkannya.

“Saya rajin juga check in sana sini, ada yang tak kena bagitau management teruslah…Kitaorg sampai dapat bilik ada anai-anai pun rilek je, duduk juga sebab masa tu takde pilihan, tapi takde pulak nak bercerita macam nak jatuhkan bisnes orang. “Ni sampai nak tularkan atas alasan jumpa lipas dalam peti ais tu pelik sangatlah. Rumah masing-masing kadang ada lipas…bersihkan jelah. “Tapi yang sampai buat macam hotel sendiri tu kenapa? Asyik nampak salah orang je, salah sendiri macam mana pulak?,” tulis Abby menjawab komen warganet yang menunjukkan dia menyokong sikap Aliff Syukri berkongsi rakaman CCTV tersebut.

Rata-rata warganet menyokong teguran dibuat Abby mengenai sikap sesetengah pelanggan dan menganggap moto ‘customer is always right’ tidak relevan. “Customer macam ni kalau staff tegur pun tak makan saman ni, silap tegur habis disembur staff pulak tak sopan mentaliti ‘customers always right’. “2020 dah tak relevan dah ‘customer always right’…atitude yileekkk. “Zaman sekarang dah tak ada istilah ‘customer always right’ yang salah tetap salah,” antara komen warganet di ruangan komen.

Terdahulu seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff dikatakan menerima amaran selepas mengkritik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk. Perkara berkenaan dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya. Kritikan Abudi kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian Aliff Syukri yang langsun menjawab aduan tersebut dengan membuat hantaran sedutan rakaman CCTV di IGnya.

Seminggu Abby Abadi ambil anak angkat ketiga – “Mula-mula macam berat, tiada persediaan langsung!”

Meskipun  sudah memiliki sepasang anak angkat, pelakon Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal mengambil keputusan menambah seorang lagi bayi perempuan berusia sembilan hari dijadikan anak mereka. Menurut Abby, pada awalnya dia dan suami tiada hasrat menambah anak angkat, namun secara kebetulan mereka memutuskan untuk memelihara bayi diberi nama Maira Darda Farisa itu. “Kehadiran Darda luar dari perancangan, tiada persediaan langsung. Abah (Faizal) mula-mula macam berat saja, nak pikul amanah dan tanggungjawab baru. “Ingat terakhir dah Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, tapi bila Allah dah tulis rezeki kami, tetap jadi rezeki kami… Alhamdullillah. “Ada sesiapa nak bagi hadiah tak? Darda tak ada baju cantik-cantik ni. Semua mama dah bagi orang hari itu… ke boleh shopping online?,” katanya menerusi Instagram. Abby dan suami tambah seorang lagi anak angkat.

Pada Isnin lalu, pelakon drama Gerak Khas ini memberi bayangan sedang memelihara seorang anak angkat yang baru dilahirkan. “Assalamualaikum. Morning… Mama berpantang hari pertama, patut macam payah je nak lepaskan barangan baby dalam rumah ni, rupanya nak beranak lagi… kan abah. “Abah risau tak tertanggung baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi… tapi sahabat-sahabat disini, kalau suatu masa nanti saya susah, boleh tolong juga kumpul seorang RM10? hehe,” tulisnya. Sebelum kehadiran Darda, Abby sudah memiliki sepasang anak angkat.

Pada Julai 2018, Abby mengambil seorang anak angkat lelaki, tidak sampai sebulan kemudian dia dedahkan menerima seorang lagi bayi perempuan. Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun pergi buat selama lamanya selepas 70 hari dilahirkan. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Cantiknya Anak Abby Abadi Di Hari Jadi, Macam Bertunang!

Pelakon Abby Abadi menyambut hari lahir anaknya, Marissa Dania yang ke 15 tahun dalam satu majlis yang meriah semalam. Majlis yang diadakan di kediamannya itu dilihat meriah dengan kehadiran ahli keluarganya serta keluarga bekas suaminya, Norman Hakim. Namun apa yang lebih menjadi pengikut Instagram (IG) Abby adalah Marissa apabila dilihat sangat menawan seperti anak gadis dengan memakai gaun panjang bak puteri berona merah jambu. Malah ada juga yang mengusik, Marissa bergaya seperti di majlis bertunang. “Lawa birthday girl, macam bertunang pula. “Lawanya Marissa. “Dah macam princess sangat!” komen antara pengikutnya. Berikut merupakan foto serta video yang dikongsikan Abby sepanjang majlis tersebut

Abby Abadi Dikatakan Pilih Kasih, Kerap ‘Post’ Foto Anak Kedua Sahaja

Gara gara kerap memuat naik foto anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim di laman Instagram miliknya, pelakon Abby Abadi dianggap sebagai ibu yang pilih kasih. Menjawab kenyataan tersebut, Abby, 43, menjelaskan dia banyak berkongsi foto Dania berikutan ulang tahun kelahiran anaknya itu yang ke-1 5 pada Ahad lalu. Menurut pemilik Arbaiyah Abdul Manan, anak ketiganya iaitu Maria Dania Hakim tidak gemar untuk bergaya di hadapan kamera.

Buat Operasi Ikat Perut, Abby Abadi Turun Berat Badan 5 Kg

Menjalani operasi bariatric atau’ikat’ perut, pelakon Abby Abadi berkongsikan berita gembira  selepas dua minggu melalui proses tersebut apabila berat badannya mula menunjukkan perkembangan positif. Menerusi perkongsian di Instagram, Abby berkata berat badannya sudah turun 5 kilogram dan turut memuat naik gambar terkininya. “Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak susah nak hilang. Operasi bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya. Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai sakit, buatlah, usahakan,” katanya

Abby berkata lagi, dia juga sudah mula boleh memakai baju-baju lamanya yang dibeli tahun lalu. “Nak cerita juga yang baju ni beli di Singapura masa sibuk dengan acara hujung tahun lepas, tapi masa itu beli tak cuba dulu, balik KL, bila nak pakai tak boleh butang. “Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cuba, agak-agak, hari ini baru boleh pakai,” katanya. Terdahulu, Abby terpaksa melakukan operasi ikat perut untuk mengelakkan masalah berat badannya yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg. Malah, suaminya juga meminta untuk menjaga kesihatan.