Sebagai ibubapa tentu akan ada rasa ingin tahu mengenai perkembangan anak-anak. Ini tanda-tanda seorang anak bijak sejak kecil.

Anda nak tahu tak tanda-tanda yang menunjukkan anak anda merupakan seorang anak yang bijak sejak dari kecil?sebagai ibubapa tentu akan ada rasa ingin tahu kan? Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan serta kepandaian tersendiri. Memang terdapat beberapa kajian yang mengenal-pasti tanda-tanda seorang anak bijak sejak kecil. Pada peringkat adanya tanda-tanda ini, ibubapa seharusnya melakukan yang terbaik bagi membantu perkembangan positif anak. Kepandaian dan kebijaksanaan anak boleh dikesan seawal usia 2-3 tahun jika sebagai ibubapa dapat fokus memerhatikan tindak-tanduk dan tingkah-laku anak. Kadangkala ia berlaku pada keadaan yang ibubapa tidak sedari.

Pertama, anak mudah ingat sesuatu perkara. Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu. Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah, atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya. Cuba anda uji ingatan anak anda. Lakukan permainan mudah atau aktiviti berdasarkan memori.

kedua, anak suka termenung. Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu perkara. Sebagai kanak-kanak, renungan itu mungkin juga renungan yang kosong. Tetapi, ada ketikanya, dia bukan termenung tanpa berfikir. Boleh jadi dia sedang berfikir secara mendalam dan sedang mempelajari sesuatu.

ketiga, suka bermain dengan kanak-kanak dewasa. Maka itu juga boleh menjadi petanda bahawa anak anda seorang anak yang bijak.Lyn Kendall, seorang konsultant berkata yang kanak-kanak bijak suka bergaul dengan orang lebih berusia darinya. Mereka bukan sahaja matang. Malah, kemahiran berfikir juga mampu berkembang pesat jika dia terus bergaul dengan cara ini.

keempat, anak petah bercakap. Kanak-kanak yang petah bercakap dan pandai bersembang pada usia muda juga dikatakan lebih bijak dari kanak-kanak yang seusia dengannya. Orang tua-tua dahulu memang suka dengan kanak-kanak yang petah bercakap, pastinya kerana mereka tahu bahawa anak itu mempunyai kebijaksanannya tersendiri. Ia adalah keupayaannya dalam mengekspresikan pemikiran dan perasaannya.

kelima, anak susah untuk tidur. Mungkin pada anda, ia adalah satu masalah kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, anak yang bijak memang sukar untuk lena. Ada je benda yang dibuat atau dilakukan, atau sedang lakukan. Menurut Dr. Ruf, ini adalah kerana otaknya sedang ligat berfikir, sehinggakan dia tidak mampu untuk lena dek pemikiran tanpa henti itu. Maka, jangan risau sangat kalau anak anda itu susah betul nak masuk tidur awal. Mereka mungkin akan jadi seorang yang hebat satu hari kelak.

keenam, anak sentiasa banyak tenaga. Banyak bergerak, bermain serta mempunyai tenaga yang tinggi bukanlah ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak hiperaktif semata-mata. Tetapi, ia juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak orangnya.Kanak-kanak gemar serta sering bertukar minat. Tapi, kalau anak anda sukakan sesuatu perkara untuk masa yang lama, ini adalah tanda kebijaksanaan.

Ketujuh, anak sukakan buku. Bukan semua kanak-kanak gemarkan buku. Hanya yang istimewa sahaja tertarik dengan buku – menyelak setiap halaman, melihat gambar dan membacanya. Jika anda perasan dari awal yang si kecil anda gemarkan buku, berbanding alat mainan lain, maka, ketahuilah bahawa anak anda mungkin seorang yang cerdik. Menurut New York Parenting, kanak-kanak yang pandai selalu menunjukkan minat dalam membaca sebelum mereka masuk ke alam persekolahan lagi!

Sila amati dan perhatikan anak anda. Bila dapat kenal-pasti, gunakan kesempatan dan kelebihan itu untuk asuh dan didik mereka menjadi lebih baik dan sempurna. Paling penting, gunakan peluang untuk bentuk diri mereka yang punyai tanda kebijaksanaan ini untuk menjadi insan yang berguna dan bermanfaat pada manusia lain.

Sumber: my.theasianparent.com