Sebak Dr Noor Hisham berikan kata kata semangat kepada pejuang barisan hadapan yang berpenat lelah berjuang bagi mengelak penularan wabak covid 19. Ini pesanannya yang ditinggalkan kepada orang ramai.

Hantaran Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sebentar tadi memberi kata-kata semangat kepada ‘frontliner’ kita yang masih berjuang untuk menghapuskan wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan itu sahaja, sebanyak tiga hantaran Twitter itu juga mengundang sebak ramai orang apabila dalam kata-kata semangat itu terselit ayat yang menyentuh perasaan.

“Marilah kita bersatu dalam perjuangan Covid-19 yang berskala besar ini. Kita tidak akan menang tanpa sokongan rakyat. Kami hanya minta untuk orang ramai “berada dalam rumah” dan jika itu tidak mampu, sila patuhi SOP.” “Sudah 10 bulan, kebanyakan pekerja barisan hadapan dan belakang tabir bekerja keras sehingga 24 jam sehari. Ramai yang letih atau kecewa setiap kali ada kelompok baru datang. Namun, kita hanyalah manusia. Kami hanya ada peluang kecil untuk ratakan semula lekuk Covid-19.”

Walaupun dalam kata-kata semangat untuk para pekerja barisan hadapan, terselit juga nasihat untuk rakyat agar sentiasa menjaga diri supaya dapat mengelak daripada dijangkiti wabak Covid-19. “Kepada semua pekerja barisan hadapan, kita ingatlah bahawa kita adalah pelindung rakyat dan keselamatan negara kita. Kita adalah barisan pertahanan terakhir. Kita mesti semangat dan terus kuat.” “Kesihatan menyatukan kita semua untuk melawan msh, Covid-19”

Sumber: SiakapKeli

Hampir menang tapi ini yang terjadi. Dr Noor Hisham beri kata kata semangat kepada Frontliners yang kini bersedia selepas kes semakin meningkat. Ini pesanannya.

KUALA LUMPUR: “Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini. ‘Jeneral Prang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menghalang penularan pandemik COVID-19. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, petugas barisan hadapan perlu cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.

“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berhadapan dengan prang yang besar di hadapan. Negara sedang bergantung kepada kita…“Walaupun sering tidak cukup tidur dan keletihan, sapulah air matamu, bangkit dan terus berjuang (dan) ayuh sekali lagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19,” tulis Dr Noor Hisham dalam catatan tersebut.- Awani