Sebelum ini dikritik teruk dengan Azwan Ali gara gara memenangi Anugerah Juara Lagu tahun lepas. Kalini ini lain pula yang terjadi antara Diva AA dan Naim Daniel. Kisah selanjutnya disini.

Pastinya ramai yang mengingati kontroversi yang terjadi antara penyanyi terkenal, Naim daniel dengan pengacara popular, Azwan Ali atau mesra di sapa Diva AA selepas kemenangan Naim di Anugerah Juara Lagu tahun lepas. Diva AA telah memaki Naim dengan perkataan ‘jadah’ susulan tidak begitu mengenali penyanyi muda tersebut sehingga menjadi perdebatan susulan tindakan Naim yang membalas tweet yang dibuat Diva AA.

Siap promote lagi. Namun, selepas setahun perkara itu berlalu dan mereka pun sudah berdamai, Naim Daniel telah memuat naik satu video bertemu dengan Azwan Ali sambil menyanyikan lagu terbaru darinya berjudul ‘Purnama’. Lebih menggembirakan lagi, Diva AA turut mempromosikan lagu Naim Daniel dengan mengajak warganet semua mendengarkan  lagu itu yang merupakan karya terbaru penyanyi berbakat besar tersebut.

Dalam kapsyen yang dinyatakan dalam video tersebut di Instagram, Naim menulis bahawa kasih dan sayang akan sentiasa menang. Ayat itu membuatkan ramai peminatnya merujuk kepada kenyataan yang dibuat Diva AA sebelum ini sehingga mencetuskan isu pada AJL yang lalu. Jangan membenci orang yang menjatuhkanmu .Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji cara naim Daniel mengendali keadaan dengan tenang dan penuh budi bahasa. Dia juga langsung tidak mempunyai masalah dengan Diva AA dan kekal berdamai sehingga ke hari ini. “Terus sebarkan rasa positif.

Hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran. Kita melihat bagaimana Islam mengajar umatnya berinteraksi sesama manusia dengan cara yang baik dan akhlak mulia. Islam mengajar kita bahawa seorang Muslim yang beriman akan memegang prinsip asas di mana jika kita tidak dapat memberi manfaat kepada seseorang, maka jangan memudaratkan mereka.

Jika kita tidak dapat menggembirakan, maka jangan sedihkan mereka. Jika kita tidak dapat memuji, janganlah mengeji. Islam menekankan bahawa menggembirakan orang lain adalah satu kewajipan. Kata-kata pujangga menyebut: “Lakukanlah kebaikan kepada sesiapa sahaja. Jika kebaikan dilakukan pada orang yang betul, maka benarlah kamu. Dan jika dilakukan kepada orang yang salah maka kamu juga sebahagian daripada kebaikan.”- BHONLINE

Sumber: Oh My Media