Sebelum ni tular Ebit Lew beri motor pada satu keluarga ni. Kali ni lain pula ceritanya. Sehingga sanggup lakukan ini semata mata untuk menghulur bantuan.

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila sanggup ‘turun padang’ membantu mangsa banjir di beberapa lokasi di Perak. Perkara itu dikongsi Ebit menerusi satu posting di Facebooknya, malam semalam. Menurut Ebit, beliau sebak ketika menziarahi kawasan banjir di Kampung Changkat Lobak, Kampung Parit Air Hitam 2 dan pusat mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Parit Hj Aman Perak. 

“Syukur tadi saya bagi sumbangan buat 64 keluarga, 64 tilam queen dan 130 tilam single serta sedikit duit belanja dan barang makanan.  Saya bawa 20 anak muda bersama dari Pertubuhan Kasih Umat Malaysia untuk bersihkan rumah di beberapa tempat.  Ini banjir ketiga pada tahun 2020 buat mereka. Tiga kali dipindahkan ke pusat banjir,” katanya. Tambah Ebit, beliau juga sempat ‘mencuri’ masa memberi sedikit tazkirah kepada mangsa banjir.

“Tadi beri sedikit tazkirah. Sedihnya tengok ada yang sebak dan menangis, berat ujian mereka.  Ada barang rosak kerana tiada ahli keluarga lelaki nak angkat berat. Ibu tunggal anak kecil ada yang warga emas dan sayu juga tengok anak kecil berlari-lari. Ujian kerana Allah sayang. Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan buat semua yang dilanda banjir tahun 2020 ini,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata kagum dengan kepantasan Ebit menghulurkan bantuan. Selain itu, melihat pada gambar yang memaparkan kesanggupan Ebit meredah banjir, ada juga berseloroh menggelarkannya sebagai Yang Berhormat (YB). Anda boleh lihat posting Ebit di bawah: 

Sementara itu, difahamkan banjir kilat susulan hujan lebat di Perak bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sekali ganda daripada 319 orang pada 9 malam tadi kepada 736 setakat jam 6 pagi semalam. Daerah paling teruk terjejas adalah Larut Matang dan Selama dengan jumlah keseluruhan penduduk dipindahkan ke empat PPS seramai 569 orang.