Sedang menikmati sarapan di warung tiba tiba ada benda lain pula yang jadi. Kecoh video seorang lelaki memberi makanan kepada kambing ini telah mendapat perhatian warganet dengan situasi lucu tersebut.

Sarapan pagi sangat penting bagi setiap orang kerana ia mampu membantu untuk menjadikan badan lebih cergas selain daripada dapat memanfaatkan hari anda. Walau bagaimanapun, waktu makan ini sering diabaikan gara-gara ramai yang terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara di awal pagi termasuklah menghantar anak ke sekolah. Menerusi sebuah video yang tular di laman akaun Twitter @h4iriii, terdapat beberapa orang lelaki yang dilihat sedang menikmati sarapan pagi mereka di sebuah kedai makan.

Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila terdapat beberapa ekor kambing yang datang menghampiri ke arah lelaki berkenaan sambil meminta makanan. Lebih melucukan apabila kambing-kambing yang berwarna gelap itu telah memakan roti canai yang diberikan oleh lelaki tersebut sehingga berdiri. “Bagi makan kat kucing terlalu mainstream , only in kuala pilah”, kata pemilik akaun tersebut.

Setelah melihat keadaan itu, kebanyakkan warganet berasa terhibur di samping terdapat sesetengah daripada warganet yang turut memuji kecomelan binatang terbabit. Posting yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 45.5 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan. “Kucing yang mainstream tu pun aku dah huru hara takut. Kau bayangkan kalau kambing 2 ekor yang datang.”. “Cannot brain…”. “ teringat kat Narathiwat, kambing bersepah macam kucing”. – HCL

Syukor satu dalam sejuta

Syukor Khamis, 14, remaja yang kini menjadi tumpuan ramai ekoran gambarnya bersama haiwan ternakan tular selepas memenangi anugerah antarabangsa diibaratkan sebagai satu dalam sejuta dan anugerah ALLAH SWT kepada keluarganya. Itu gambaran yang diberikan Nazri Sulaiman, jurugambar yang menjadikan Syukor dan haiwan peliharaan ayahnya sebagai subjek yang dirakam hingga dipilih sebagai penerima ‘Street/People Photographer of The Year 2018’ oleh Asian Geographic -Image of Asia 2018.

Melalui catatan dalam laman Facebook rasminya, Nazri Sulaiman berkata, Syukor bukan hanya berkawan dengan kerbau sebaliknya turut menjadikan haiwan lain seperti kambing, lembu, angsa dan burung sebagai sahabat. “Dia orang bergurau macam kawan sekolah. Saya pernah tulis dahulu yang berbunyi ‘Syukor ni anugerah ALLAH SWT pada keluarga dia, sebab dalam sejuta orang pun susah nak jumpa budak macam dia.

“Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya. Itu biasa… “Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70 hingga 80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni. “Sesetengah kerbau ada namanya seperti Awang, Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo. Tengoklah gambar ni, kambing pun dia boleh ajak main gusti,” katanya merujuk kepada gambar Syukor bergurau dengan kambing dalam catatan facebooknya.

Menurut Nazri, sesiapa yang ingin berjumpa dengan Syukor di Kuala Terengganu boleh menghubungi abangnya melalui facebook Syukor Kampung Boy dan beliau menyarankan agar berjumpa keluarga remaja itu terlebih dahulu terutama bapanya yang dikenali sebagai Pak Khamis. Ini kerana katanya, kebiasaannya Pak Khamis akan membawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kampung Kubang Bujuk bersama Syukor.

“Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dengan Syukor, tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama,” katanya. Menyifatkan keluarga Syukor sebagai orang baik-baik, beliau memberitahu Pak Khamis turut menyediakan bilik sewa di kawasan halaman rumahnya sebagai kemudahan kepada orang luar dari Terengganu yang datang melawat atau mengambil gambar. “Jadi tak perlu nak sewa bilik hotel mahal-mahal di Kuala Terengganu. Tapi bilik-bilik tu standard jer lah ada katil dan kipas, lampu saja. “Baru siap tu, bilik semua siap dah… Siap ada balkoni lagi boleh tengok haiwan-haiwan sambil tiup seruling lagu ‘Anak Gembala’,” katanya.- SINARHARIAN