Selalu luangkan masa untuk baca beberapa surah. Isteri lagi beberapa bulan nak bersalin Fattah Amin tampil dedahkan amalan yang dia buat sepanjang kehamilan isterinya.

Selalu luangkan masa untuk baca beberapa surah. Isteri lagi beberapa bulan nak bersalin Fattah Amin tampil dedahkan amalan yang dia buat sepanjang kehamilan isterinya.

Pelakon popular, Fattah Amin berkongsi beberapa tips yang diamalkan sepanjang kehamilan isterinya, pelakon Nur Fazura yang kini memasuki bulan ketujuh. Antara perkara yang selalu diamalkan Fattah adalah membaca surah Yusuf dan Mariam.

“Setiap kali selepas balik kerja, jika berpeluang, saya akan luangkan masa untuk membacakan beberapa surah untuk anak kami di dalam kandungan itu. “Antara surah yang saya baca adalah surah Yusuf dan Mariam, Insya-Allah, saya percaya akan kebaikan membaca surah-surah ini kepada bayi dalam kandungan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Fattah juga akui Fazura menunjukkan sedikit perubahan dari segi ‘mood’ ketika sedang hamil. Namun, juara Hero Remaja 2012 ini sentiasa bersabar dan melayankan sahaja kerenah isterinya. “Saya faham, sudah tentu wanita yang sedang hamil akan mengalami sedikit perubahan dari segi mood mereka, begitu juga isteri saya.

“Tetapi, sebagai suami, saya perlu banyak bersabar dan sentiasa berada di sisi dia, layankan sahaja kerenahnya,” katanya lagi. Terdahulu, pasangan kegemaran ramai ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Fazura bakal dapat anak perempuan?

PELAKON Nur Fazura yang kini hamil enam bulan, mengakui masih belum mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Diusik dengan spekulasi bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan, Fazura, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin berkata ada juga mengadaikan anak lelaki.

“Bayi perempuan? Eh saya pun tak tahu. Macam-macam dakwaan dibuat kerana ada yang kata bayi lelaki dan ada yang kata perempuan. “Saya ambil ini sesuatu yang positif kerana ramai orang ambil berat serta ramai juga yang mendoakan saya.

“Saya minta juga agar mendoakan supaya bayi sihat dan saya selamat melahirkan. Itu yang paling penting kerana lelaki atau perempuan itu soal kedua,” katanya. Fazura yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin bersyukur dengan kesihatan ketika ini yang tidak mengalami sebarang alahan.

“Keadaan kesihatan alhamdulillah. Saya boleh makan macam biasa. Malah saya makin kuat makan. “Saya dijangka melahirkan anak pada Oktober ini. Barangan bayi pun saya belum beli lagi,” katanya. Khamis lalu, Fazura yang ditemani suami hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi  mendengar keputusan kes langgar kontrak perjanjian antara dirinya dan Maydan Trading, iaitu pengeluar produk ‘Q Tab’.

“Saya sebenarnya gementar nak datang mahkamah dalam situasi Covid-19. “Tapi pentingnya saya berada di sini untuk menebus maruah saya dan menegakkan keadilan,” katanya yang didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan terbabit.