Selalu perasaan kalau perempuan bergaduh dengan lelaki. Lelaki biasanya akan diam. Ini 6 Sebab Kenapa Lelaki Lagi Suka Diam Bila Marah dan Ada Masalah

Kenapa lelaki diam? Perempuan yang tengah panas hati dan membebel bertubi-tubi ni mestilah geram! Orang cakap dengan dia, boleh buat muka tak ada reaksi je. Hah, mesti selalu berlaku kan? Oleh itu, kita kena faham kenapa lelaki pilih untuk senyap supaya punca kepada masalah komunikasi ni dapat dijumpai dan diselesaikan. Ada banyak sebab kenapa lelaki memilih untuk berdiam diri dalam banyak keadaan.

Pertama, otak mereka tidak dijadika untuk ‘multi-tasking’. Lelaki ni kalau diam tak semestinya dia marah atau tak minat. Tak macam perempuan yang boleh ‘multitasking’ atau buat 2-3 kerja dalam satu masa, tahukah anda bahawa minda lelaki hanya boleh fokus satu benda pada satu masa. Kalau dia tidak hiraukan kita, boleh jadi dia sedang terfikirkan tentang urusan atau masalah lain seperti konflik di tempat kerja. Berikan dia masa untuk bersendirian dan dekati dia dengan cara yang menyenangkan supaya dia lebih senang untuk diajak berbincang. Jangan pakai sergah je. Mulakan dengan bertanya tentang harinya. Bila lelaki rasa disayangi, barulah dia juga akan bersikap lebih terbuka dan mudah untuk berkongsi segala isu dan masalah yang dihadapinya.

Kedua, perempuan lebih bijak berkata-kata. Dalam satu hubungan, komunikasi mesti akan lebih memihak kepada perempuan kerana memang sifat perempuan untuk lebih petah bercakap dan bersikap lebih terbuka. Kebanyakan lelaki juga tidak biasa untuk berbahas soal percintaan atau emosi dengan orang lain walaupun dengan pasangannya sendiri. Lelaki juga menganggap tak macho untuk berkongsi emosi dan lebih memilih untuk berdiam bila bercakap tentang hal ini. Jadi, pilihan untuk senyap ialah jalan mudah di samping dapat mengelakkan lelaki hilang rasa keyakinan.

Ketiga, jalan selamat. Kalau bab bercakap ni, lelaki biasanya akan cepat mengalah dengan perempuan kan? Diam tu sebenarnya seolah-olah macam senjata mereka berbanding perempuan yang ‘handal berdebat’. Lelaki akan gunakan teknik mendiamkan diri sebagai usaha untuk selamatkan diri dari masalah yang lebih besar dan untuk selamatkan hubungan.

Kelima, tidak mahu burkkan keadaan. Secara semulajadinya, lelaki diajar untuk hormat pada perempuan. Namun, bukan mudah untuk lelaki bercakap dengan rasa hormat dan kawal kemarahan pada masa yang sama. Bila lelaki tengah marah, berdiam diri adalah caranya untuk kawal perasaan dan dapat menjaga mereka daripada bertindak agresif secara fizikal. Sebagai perempuan, bila berdepan dengan lelaki yang membisu, jangan pula paksa dia bercakap. Sebabnya,
paksaan tu bukan memudahkan, sebaliknya membuatkan lelaki tak selesa, makin rimas, serabut, dan lagi susah untuk bercakap.

kelima, refleksi diri. Kalau pasangan anda jenis pendengar yang baik, kalau dia diam boleh jadi yang dia tengah hadam kata-kata dari kita. Ini ialah perkara yang baik kerana dia bukan sekadar dengar tapi dia juga cuba untuk faham. Hubungan juga boleh jadi lebih baik kalau kita lebih bersikap terbuka untuk cari penyelesaian berbanding mencari salah pada pasangan. Bila bab bercakap hati ke hati ni, lelaki mereka ada ego tersendiri. Rasa tak mampu untuk bagi yang terbaik untuk orang yang dicintai memang cukup mengecewakan. Oleh sebab itu, lelaki akan pilih untuk berdiam ego mereka yang tak mahu dianggap tak cukup bagus.

Walaupun susah untuk ajak lelaki berbincang, tapi komunikasi mesti perlu dijaga demi mengekalkan hubungan. Berikan sedikit ruang supaya keadaan lebih tenang dan emosi lebih terurus. Berikan peluang untuk dia luahkan cerita dari sisi dia pula. Barulah dinamakan komunikasi dua hala ok.

Sumber: Nazrul Hassan