Selama ini mata biru kebiasaannya pada mat salleh sahaja. Sekali tak sangka suku Buton di Indonesia juga ada mata macam ni sampai jadi tarikan pelancong.

Kadang-kadang bila tengok mat salleh mata biru ni teringin jugak. Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak sesuai je kalau orang Asia ada mata biru? Orang Asia ni selalunya sinonim dengan mata coklat atau hitam, kalau ada yang unik sikit, dapatlah warna kelabu atau hazel, tu pun kadang-kadang kena pakai contact lens kalau nak mata warna lain.

Tapi bagi satu suku di Indonesia, dorang dikenali dengan mata berwarna biru sampaikan jadi tarikan pelancong dari pelbagai tempat untuk tengok sendiri keunikan dorang ni tau! Seorang jurugambar Korchnoi Pasaribu baru-baru ini ada kongsikan keunikan orang-orang suku Buton ini.

Menurut Discover ASEAN, suku Buton ini boleh ditemui di wilayah Sulawesi Tenggara di sebuah pulau bernama Buton. Di sana, korang boleh temui beberapa kumpulan di dalam suku dorang ni yang mempunyai keunikan mata biru tersebut. Tambah menarik lagi, ada antara dorang yang matanya sebelah hitam dan sebelah biru dan ada yang dua-dua mata pun biru. Tambah pula dengan kulit hitam manis, ia buatkan mata biru dorang tu lagi menyerlah!

Kalau korang nak tahu, mata biru dorang ni berpunca dari kecelaruan genetik yang dipanggil Sindrom Waardenburg. Sindrom ini hanya dialami oleh 1 dari 40,000 bayi yang lahir. Biasanya, orang yang mempunyai sindrom ini turut mempunyai masalah pendengaran. Keparahan masalah pendengaran ini pula berbeza untuk setiap orang. Dorang juga tak boleh nak melihat cahaya yang sangat terang tapi boleh melihat dengan jelas dalam gelap, lapor PMJ News.

Wanita ini berhenti memotong kuku sejak tahun 1979. Wanita ini juga memegang rekod dunia kuku terpanjang dan sekali ini pula yang menimpa dirinya.

Berapa lama korang boleh tahan kalau tak potong kuku? Kalau tanya min, memang tak lama. Nampak je panjang sikit, terus dicapainya nail clipper. Tapi, lain kisahnya bagi seorang wanita ini. Menurutnya, dia dah berhenti potong kuku semenjak tahun 1979. Biar betul?!

Jom kenali Lee Redmond, wanita yang pernah memegang rekod dunia sebagai pemilik kuku asli paling panjang. Dah set tarikh nak potong kuku, tapi tak sanggup sebab sayang sangat. Dilahirkan pada 2 Februari 1941, Lee Redmond mula menyimpan kukunya pada lewat tahun 1978 hingga awal 1979.

Pada awalnya, wanita ini sudah merancang mahu memotong kukunya pada 22 November 2006 tetapi akhirnya membatalkan hasratnya itu. “Ia pelik bagaimana kuku ni menjadi sebahagian diri saya. Orang ramai mengenali saya sebagai ‘The Fingernail Lady’ tapi sebenarnya saya lebih daripada itu,” kata Lee dalam satu temu bual. Menurut rekod dunia Guinness, Lee pernah memegang rekod wanita dengan kuku paling panjang pada kedua belah tangan. Apabila diukur, kukunya dikatakan mencapai ukuran sebanyak 8.65 meter!

Apabila ditanya bagaimana Lee menjaga kukunya, wanita yang menetap di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat itu berkata dia akan merendam kuku-kukunya di dalam olive oil suam setiap hari. Malah, dia juga menggunakan beberapa botol nail strengthener dan nail polish untuk memastikan kuku kesayangannya itu berada dalam keadaan paling baik.

Hilang kuku lepas kemalangan

Namun begitu, Lee hilang status pemegang rekod dunia pada tahun 2009 selepas dia terlibat dalam satu kemalangan di Holladay, Utah. Insiden yang turut melibatkan tiga kenderaan lain itu bagaimanapun, tidak merekodkan kehilangan nyawa. Menurut Lee, semasa kejadian itu berlaku, dia yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu tercampak keluar selepas kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan tiga kereta lain.

“Perkara pertama yang saya perasaan adalah kuku saya sudah patah,” kata Lee. Kini, cebisan kuku Lee yang telah patah dalam kejadian yang tak diingini itu disimpan di dalam satu beg plastik sebagai kenangan semasa wanita itu masih lagi memegang rekod dunia. Tambah wanita itu lagi, dia amat merindui kuku panjangnya. Meskipun terdapat banyak perkara harian yang sukar untuk dia lakukan kerana kuku itu, Lee tetap bangga dia pernah memiliki rekod dunia kerana kukunya.

Untuk pengetahuan semua, pemegang rekod dunia bagi kuku paling panjang kini milik Ayanna Williams yang berasal dari Houston, Texas, Amerika Syarikat. Menurut rekod, kuku Ayanna pada kedua belah tangannya mencapai jumlah ukuran 576.41 sentimeter. Sumber: Mirror