Selepas dikritik teruk dengan warganet. Kini UPSI umumkan sesuatu mengenai urusan Ustaz Ebit Lew yang ingin menghantar siswazah pulang ke destinasi masing masing. Ternyata ini yang berlaku.

Jika sebelum ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membuat permohonan maaf kepada pihak pentadbiran Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), kerana tidak mendapatkan kebenaran menghantar siswazah pulang ke destinasi asal. Ia susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh pihak MPP UPSI, membuatkan pendakwah tersebut menangguhkan sementara penghantaran 20 buah bas percuma untuk para siswazah di universiti tersebut.

Berjaya hantar pelajar pulang. Bagaimana pun, dalam muat naik terbaru di Facebook, difahamkan Ustaz Ebit telah mendapat kerjasama daripada pihak pentadbiran UPSI untuk menyediakan dua buah bas bagi membawa pulang pelajar dari UPSI ke Kelantan dan Terengganu. Dapat kerjasama dengan UPSI. Ustaz Ebit berkata, dia telah menyediakan lima buah bas percuma mengikut keperluan pelajar, malah duit poket juga turut disediakan.. “Seronok tadi. Baik-baik semuanya. Terima kasih Dato VC dan pihak pentadbiran upsi semuanya termasuk MPP dan warga UPSI yang amat saya hormati dan sayangi…”

Baguslah boleh bagi kerjasama. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian terhadap pihak UPSI yang sudi memberi kerjasama untuk membantu para siswazah.. Kan senang kalau permudahkan urusan orang. Sentiasa balas dengan kebaikkan Beginilah yang sepatutnya berlaku, tiada perbalahan dan bertentang mulut. kedua-dua belah pihak berbincang secara baik dalam menyelesaikan masalah.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Tegur Ebit Lew Tak Follow SOP, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Teruk Dikritik

Trending #UPSI di laman Twitter menyaksikan rata-rata pengguna media sosial ‘back-up’ tindakan yang telah dilakukan Ebit Lew. Di mana, pendakwah bebas itu telah menyediakan beberapa buah bas sebagai perkhidmatan menghantar pulang pelajar yang terkandas di universiti. Sebelum ini, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan tindakan Ebit Lew tidak mematuhi SOP dan tidak mendapatkan kebenaran pihak berwajib.. Ebit Lew hero Malaysia. Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan Ebit Lew adalah sesuatu yang sewajarnya sehingga layak diberi gelaran ‘Hero Malaysia’ atas bantuan dihulurkan.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi berkenaan turut ‘dipetik’ warganet yang dilihat tindakan mereka terhadap Ebit Lew itu tidak seharusnya berlaku. Tambahan, mereka telah menyuruh pendakwah bebas itu sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka dengan bantuan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar untuk dibawa pulang ke Pantai Timur. Terharu dengan tindakan ustaz. Malah, ada juga segelintir pengguna media sosial kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan MPP institusi berkenaan terhadap Ebit Lew. MPP institusi pengajian tinggi berkenaan turut disifatkan ‘angkh dan b*d*h’, itulah bayangan yang digambarkan oleh warganet terhadap MPP.

Sumber: Twitter