Sebagai manusia kita tak boleh lari dari kesilapan. Selepas dikritik teruk warganet berkenaan isu ini Siti Sarah ambil teguran tersebut sebagai pengajaran. Ternyata ini luahan Siti Sarah mengenai perkara itu.

Penyanyi Siti Sarah mengakui kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah warganet menjadi peringatan untuk dirinya. Mengakui kata-kata yang diterima mulanya memedihkan, Sarah menggunakan perkara terbabit sebagai azimat untuk meneruskan kehidupan. “Sebagai manusia, saya tak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan.

“Pada awalnya, kritikan warganet memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya. Saya mahu terus memperbaiki diri,” kata Sarah.  Menyambut hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah berazam mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling. “Sempena hari jadi, saya berharap agar dikurniakan umur panjang, kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rezeki yang melimpah. “Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan,” katanya lagi.

SUMBER: GEMPAK

Mata Alina Hassan Dah Pulih – “Terima Kasih Siti Sarah & Shuib, Hanya Allah Yang Membalas Jasa Baik Kalian…”

Penyanyi Alina Hassan mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib kerana membiayai operasi membuang katarak di matanya. Alina berkata, tidak terungkap dengan kata-kata pertolongan yang dihulurkan oleh kedua-dua suami isteri itu, melainkan rasa syukur kepada Allah SWT. “Tidak terungkap dengan kata-kata…Saya bersyukur kerana Allah SWT datangkan insan berhati mulia kepada saya.

“Saya tak pernah terfikir masalah penglihatan ini akan pulih seperti dulu, terima kasih Siti Sarah Shuib. Semoga Allah berikan rezeki yang berlipat ganda buat mereka,” katanya. Alina sebelum ini mengalami masalah selaput mata atau katarak sehingga menjejaskan penglihatan dan mendapat rawatan dari klinik mata milik Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad. Ditanya mengenai kos rawatan kos rawatan membuang katarak mata kanannya itu, Alina berkata, dia tidak pasti mengenai perkara berkenaan.

“Saya tidak tahu tetapi pastinya ia menelan belanja yang tinggi,” ujarnya. Dalam pada itu Alina berkata, operasi tersebut merupakan yang kedua selepas melakukan proses pembuangan katarak untuk mata sebelah kiri pada 2017. “Masalah katarak mata ini sejak tahun 2011 lagi. Masa itu saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC. “Masa masuk Kilauan Emas, dua-dua mata ini tak dapat melihat dengan jelas…Alhamdulillah, pada 2017 ada rezeki lebih saya buang katarak mata kiri dahulu,” katanya.- GEMPAK