Semakin ramai yang menggunakan produk tiruan. Ini kenyataan bagi pengguna produk kosmetik tiruan yang memberi kesan pada kesihatan sehingga boleh undang kesan buruk.

PRODUK kosmetik ditakrifkan sebagai produk yang diguna pakai untuk membersih, mewangi, memperbaiki/mengubah rupa, mencantikkan dan mengekalkan badan dalam keadaan baik pada anggota luar badan, anggota kelamin serta di dalam mulut. Kalau dilihat kepada takrifan, produk kosmetik hanya disyorkan penggunaanya pada permukaan dan luaran badan sahaja.

Berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produk-produk yang dimakan, diminum dan juga disuntik tidak dikategorikan dalam kumpulan produk kosmetik. Sementara, produk kosmetik tiruan atau palsu didefinisikan sebagai produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang atau racun berjadual yang berbahaya dan mampu memberi risiko kepada kesihatan pengguna. Menurut Pensyarah Kanan, Mikrobiologi Perubatan, Sekolah Perubatan Antarabangsa, Management and Science University (MSU), Dr Muhd Ridzuan Pauzi, kemunculan produk-produk kosmetik tiruan di pasaran tempatan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Katanya, situasi itu amat membimbangkan bagi pengamal-pengamal perubatan dan juga penyelidik di negara ini. Berdasarkan statistik pada tahun ini, KKM di bawah Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPRA) telah mengesan 15 produk kosmetik tiruan yang terdapat di pasaran tempatan. Produk ini diarahkan untuk dikeluarkan dari pasaran kerana mengandungi bahan terlarang dan juga racun berjadual yang dilarang oleh KKM,” katanya.

Risiko besar. Dr Muhd Ridzuan yang juga Ketua Kumpulan Penyelidik Pembangunan Produk Semula jadi berkata, dalam kalangan masyarakat kita, penggunaan produk tiruan atau dikenali sebagai produk kosmetik timbang kilo yang tidak terkawal mampu memberi risiko kepada kesihatan pengguna. Penggunaan bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin dikesan paling banyak terdapat dalam produk kosmetik tiruan yang ada di pasaran tempatan, katanya.

Penggunaan bahan terlarang seperti hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan dalam produk kosmetik seperti krim pencerah dan juga krim bagi menghilangkan masalah pigmentasi bukan sahaja boleh menyebabkan struktur kulit makin menipis, malah boleh menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada kulit pengguna,” katanya.Ujar Dr Muhd Ridzuan, penggunaan hydroquinone tanpa kawalan juga boleh menyebabkan kulit pengguna akan menjadi kemerahan dan ruam yang boleh meningkatkan risiko knser kulit.

Begitu juga dengan penggunaan merkuri dan tretinoin yang tidak terkawal dalam produk kosmetik. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit bahkan mampu boleh menyebabkan pnyakit kronik seperti buah pinggang dan kerosakan saraf. Ini merupakan sebahagian daripada bahan-bahan terlarang yang dicampur di dalam produk kosmetik tiruan bagi memberi kesan yang cepat dan berkesan pada pengguna tanpa menggira risiko yang akan penggguna hadapi,” katanya lagi.

Sumber: SinarPlus