Seorang isteri terkedu apabila orang insurans datang ke rumah untuk memberi sesuatu ini. Tak sangka ini yang suami dapat buatkan sehingga warganet beri nasihat.

Port Dickson: “Ketiadaan suami secara mengejut akibat kejadian itu ketika anak-anak sedang membesar bukan sesuatu yang mudah diterima,” kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai, Ida, 42, di rumahnya di Lukut di sini, semalam. Katanya, dia bagaimanapun menerima kejutan semalam apabila dikunjungi wakil syarikat insurans bagi menyerahkan sejumlah wang RM 414,302 dianggap ‘hadiah’ dari suaminya yang sudah tiada.

“Bagi saya ini satu kejutan kerana tidak menyangka dia ada membuat caruman insurans diri. Ini pastinya amat membantu kami lima beranak walaupun saya mempunyai pekerjaan tetap. Suami pergi pada pagi 5 Mac lalu selepas terbabit kejadian itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah syarikat swasta,” kata ibu kepada empat orang anak berusia empat hingga 17 tahun ini. Ida berkata, memang berat ujlan Allah SWT kerana suami pergi di saat anak-anak mula membesar dan memerlukan perhatian. Saya benar-benar tidak tahu suami ada membuat caruman insurans. Saya akan gunakan wang ini untuk pendidikan anak-anak. Sebelum ini ada wakil syarikat insurans menghubungi saya memaklumkan suami ada mencarum, tetapi tidak memaklumkan jumlahnya Memang saya terharu hari ini (semalam) apabila dikunjungi wakil syarikat insurans dan memberitahu suami ada mewasiatkan sejumlah wang yang agak banyak selepas mencarum tidak sampai dua tahun,” katanya yang berasal dari Ajil, Terengganu.

Reaksi Dari Warganet

Maaf….berita mcm ni agak bhaya utk keslamatan akak ni dan anak2 dia.Scmmer dan penyngak byk memerhati.Harap akak ni lebih hati2 dan aleert dan jgn mudah percaya dengan sesiapa pun kalau melbatkan soal duit.Semoga Allah lindvngi akak sekeluarga dari sebarang kejhatan…aamiin.