Seorang lelaki ini telah kongsikan pengalaman yang dihadapinya setelah terpaksa bertukar pekerjaan disebabkan pandemik covid 19. Rupanya ini yang terjadi kepadanya.

Sejak wabak Covid-19 yang semakin menular, ramai pihak terpaksa berhadapan dengan kerugian yang tinggi apabila kebanyakkan daripada mereka telah dibuang kerja oleh majikan masing-masing. Perkara ini tidak hanya memberi kesan kepada mereka, bahkan kepada keluarga yang turut mengalami kerugian. Baru-baru ini, tular sekeping foto yang dimuat naik oleh @JohnnyLudwig99 dimana terdapat seorang lelaki yang melakukan beberapa pekerjaan. Menerusi Tweet berkenaan, dia telah berkata “Untuk bertahan hidup dari Lion Air menjadi Grab Driver. Semangat luar biasa yang penting halal”.

Jika dilihat berdasarkan gambar tersebut, lelaki berkenaan adalah merupakan seorang juruterbang bagi sebuah syarikat penerbangan. Oleh disebabkan faktor kemelesetan ekonomi yang berlaku gara-gara Covid-19, lelaki ini terpaksa melakukan satu lagi pekerjaan baharu iaitu dengan melakukan penghantaran makanan menerusi syarikat Grab demi mencari rezeki.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga sempat mengambil beberapa foto ketika dirinya memakai baju juruterbang dan juga sebagai penghantar makanan. Ternyata, situasi tersebut telah membuatkan ramai warga netizen berasa simpati dengan nasib lelaki terbabit di samping terdapat sesetengah daripada mereka yang turut memberikan kata-kata semangat buat lelaki berkenaan. Posting itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 8.2 ribu ulang kicau menerusi laman akaun Twitter terbabit. “Tabik dekat abang ni…”. “Hidup mesti diteruskan…”

Sumber: HCL

Kesan Covid-19: Pekerja swasta paling teruk terjejas

EKONOMI dunia pasca covid 19 dijangka berlaku penurunan KDNK global kepada 0.4 peratus dari unjuran awal AS$86.6 trilion untuk 2019. Ini bermakna kerugian ekonomi kepada dunia ialah sebanyak AS$3.5 trilion. Laporan IMF menganggarkan 500 juta penduduk dunia akan jatuh miskin kesan dari ekonomi dunia yang terjejas teruk. Penduduk rantau Asia Pasifik paling terkesan dengan unjuran 240 juta orang, hampir ½ daripada penduduk dunia.

Negara akan mengalami unjuran penguncupan pertumbuhan antara 0.4-2.5 peratus di mana pertumbuhan ekonomi untuk 2020 dijangkakan perlahan dari asal unjuran 4 peratus kepada 2.4 peratus. Pendapatan negara turut terjejas dengan penurunan harga minyak mentah setong kepada US$20 dan dari pendapatan industri pembuatan dan pelancongan.

Pelancongan yang menjana RM66 bilion kepada pendapatan negara turut terjejas di mana sekatan perjalanan antara negara masih berkuat kuasa mungkin sehingga hujung tahun 2020. Industri perhotelan sahaja akan rugi RM3.3 bilion dan menjejaskan 56,229 pekerja. Ekonomi domestik paling teruk terjejas dianggarkan penguncupan kepada -2.8 peratus maknanya 0 peratus perkembangan. Kebanyakan industri seperti pembuatan dari sektor IKS kerugian pendapatan hampir 50 peratus sehingga mereka terpaksa memberhentikan pekerja, memaksa cuti tanpa gaji atau pengurangan gaji.

Selain itu, kerajaan disarankan berunding untuk memberi sedikit kelegaan kepada industri pembuatan yang bukan asas untuk beroperasi pada kadar 50 peratus kekuatan kerja bagi meneruskan keperluan domestik dan luaran. Pekerja yang mendapat moratorium 3 bulan pembayaran kredit juga patut tidak dibebankan dengan kadar bunga yang akan dikompaunkan selama penangguhan bayaran. Dicadangkan moratorium kredit dikurangkan kadar interest ataupun dihapuskan sahaja untuk meringankan beban pekerja setelah tamat penangguhan bayaran.

Kerajaan disarankan membantu kumpulan yang pekerja sendiri khususnya di sektor pelancongan yang terjejas teruk. Punca pendapatan dari rantaian pelancongan seperti pengendali chalet, homestay peniaga makanan dan minuman serta pengendali khidmat pelancongan dan majlis secara bersendirian turut terjejas dengan tiadanya pelancong yang datang sepanjang 2020 nanti. Pakej rangsangan perlu melihat semua aspek secara terperinci dan mestilah bermaklumat tepat supaya sasaran bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan tanpa tinggalkan mana-mana pihak berpandukan kepada keberkesanan penyampaian dan perlaksanaan.

**Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa merupakan Naib Presiden Amanah, Ahli Parlimen Parit Buntar
Sumber: SinarHarian