Mengejutkan seorang peminat Luqman Faiz meminta sesuatu yang memalukan dari penyanyi itu. Ini responnya apabila menerima mesej berunsur tidak elok baru baru ini.

Bertindak mendedahkan paparan skrin mesej tidak disenangi yang diterimanya daripada peminat di laman Instagram miliknya, penyanyi Luqman Faiz seolah memaparkan sikap pengguna tersebut seperti tidak putus asa menggodanya. Menerusi perbualan terbabit, pemilik akaun yang menggunakan foto seorang wanita itu terlebih dahulu memulakan perbualan yang tidak menyenangkan dengannya.

Dalam teks tersebut, pengguna berkenaan dilihat tidak segan meminta kemaluan Luqman dan terus mengasaknya berkali-kali. “U nak d*ck u boleh tak?” Namun begitu, tidak hanya berdiam diri, Luqman tampil membalas kiriman tersebut dalam nada berseloroh sambil mengajak pemilik akaun berkenaan untuk bertemunya di bawah Jambatan Pulau Pinang. “Bawah jambatan Pulau Pinang onz gak.”

Perkongsian Luqman itu mencuit hati waragnet yang rata-ratanya terhibur dengan kiriman balas yang ditonjolkan penyanyi muda itu. Malah, ada juga yang tampil menasihatinya agar sentiasa berwaspada kerana sebelum ini juga telah banyak selebriti lelaki terkena dengan godaan seperti ini. Sekadar informasi, Luqman merupakan antara penyanyi Budak Baru Nak Up “BBNU” yang kian menjadi gilaan para gadis ketika ini. Lagu hitnya Kepuraanmu yang kini difahamkan hampir mencecah 30 juta tontonan di laman YouTube itu sering menjadi pilihan pendengar dan acap kali dimainkan di stesen radio tempatan.

SUMBER: BEAUTIFULNARA, GEMPAK

Challenge yang dibuat Luqman Faiz meraih perhatian peminatnya mengenai penampilan penyanyi itu yang lain dari lain dalam satu video ini.

Penyanyi muda yang semakin mendapat perhatian, Luqman Faiz antara penyanyi-penyanyi yang mempunyai ramai peminat. Sudah mempunyai beberapa lagu, Luqman Faiz nampaknya semakin diminati oleh peminat muzik tempatan dengan bakatnya yang tersendiri. Biarpun begitu, Luqman Faiz juga tidak terkecuali untuk aktif di laman sosial Instagram bagi berkongsikan perkembangan kerjayanya kepada peminat.

Walau bagaimanapun, meski tidak memiliki jutaan followers seperti selebriti lain dimana dia diikuti hampir 200,000 pengguna Instagram namun setiap perkongsiannya meraih ribuan tanda suka dan dihujani dengan pelbagai reaksi terhadap dirinya. Memiliki rupa paras juga antara pakej buat penyanyi ini berterusan menerima sokongan daripada peminat muzik tempatan dan menerusi perkongsian video terbaharu ini pula ternyata dalam masa yang sekejap meraih ribuan tontonan.

Sehingga Luqman juga menerima pelbagai reaksi yang memuji rupa parasnya apabila dia kelihatan mencuba untuk mengikuti cabaran terkini yang menjadi trend yang dipanggil Shoe Challenge. Cabaran ini sudah ramai menyahutnya, Luqman Faiz turut cuba untuk menghasilkan video lalu dikongsikan kepada umum dimana cabaran ini melibatkan seseorang itu menjadikan kasut mereka sebagai transition untuk menukar pakaian.