Sering balik kampung atau bercuti lalu meninggalkan rumah kosong dalam tempoh yang agak lama mengundang perhatian golongan tertentu. Ini tips yang boleh diamalkan

Ramai antara kita sering balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dalam tempoh yang agak lama. Selain itu pasti ada yang ingin menggunakan tempoh cuti yang panjang ini untuk melancong dan pelbagai aktiviti lain. Berikut adalah langkah-langkah, tips serta amalan yang boleh dilakukan agar keselamatan rumah yang ditinggalkan selamat dari diceroboh masuk atau berlakunya kecurian. 

Pertama, pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada). Sentiasa pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

Selain itu, pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.  Barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat tertentu.

Manakalah, menurut cara islam pula terdapat juga tips ketika meninggalkan rumah. Bagi yang beragama Islam, berikut adalah sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dengan ikhtiar ni Allah pelihara rumah serta harta benda kita dari dimasuki oleh percuri atau dimasuki oleh jin. Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut : Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x), Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x) dan Baca Ayatul Kursi.. (1x) serta baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x). Akhir sekali, lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”