Sering berselisihan faham dengan Risteena Munim buat Isa Khan lelah dengan dugaan yang dihadapi. Dia akhirnya nekad buat keputusan yang ini buat ramai tergamam seakan tak percaya dengan apa yang berlaku

Sering berkongsikan momen bahagia di Instagram, bagaimanapun Isa Khan tidak menafikan bahawa ada dugaan yang ditempuhi sama seperti pasangan lain sepanjang proses pertunangan bersama pelakon Risteena Munim. Menurut Isa lumrah dalam sebuah perhubungan apabila berlaku salah faham dan merajuk namun ia bukan satu isu besar. Baginya, jika tunangnya itu merajuk kerana mahukan perhatian dan tidak dapat dibandingkan dengan perkara yang dilakukan Risteena untuk dirinya

“Kadang-kadang ada salah faham dan merajuk. Saya tak nafikan pasal itu sebab tak benar sangat. Cuma dalam hati kecil saya dah tahu Risteena macam mana dan sama juga dengan dia. Kalau dia merajuk sekalipun sebab dia sayang saya. Merajuk tu sebenarnya nak perhatian saja. “Merajuk tu tak ada apa jika dibandingkan dengan perkara yang dia dah lakukan untuk saya selama ini,” katanya kepada Astro Gempak. Dalam pada itu, Isa berkata dia bersyukur dengan kehadiran Risteena dalam kehidupannya.

Malah tunangnya itu seorang sahaja yang boleh menjaganya dan segalanya dalam hidupnya. “Risteena seorang yang boleh jaga saya. Dia satu-satunya. Dia juga jaga keluarga saya terutama ibu saya. Saya takda ayat untuk ‘describe’ tentang Risteena. Dia segalanya. “Mungkin ramai tak tahu tapi saya rasai setiap momen dengan dia. Saya tak boleh bayar balik segala usaha dia untuk saya. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran dia dalam kehidupan saya,” katanya lagi.Isa dan Risteena bertunang pada 23 November 2019 dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.-Rotikaya

“Ramai Yang Tanya, Macam Mana Pertemuan Dengan Isa Khan…”- Risteena Dedah Perbualan ‘Sweet’ Dengan Kekasih

Pelakon Risteena Munim dedahkan ramai yang bertanya mengenai bagaimana pertemuan pertamanya dengan tunang, Isa Khan sebelum menjalinkan hubungan cinta. Namun Risteena berkata dia masih belum bersedia untuk menceritakannya. “Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula. “Insya-Allah satu hari nanti saya akan kongsi betul-betul dengan semua. “Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula. 

“Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama,” katanya.Risteena berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik beberapa paparan skrin perbualan mereka menerusi aplikasi Whatssapp.Tambah Risteena lagi, dia mahu mengajak pengikutnya menghargai orang-orang tersayang termasuk keluarga kerana akui hidup terlalu singkat.”Hargai keluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka. 


“Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya. “Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late.“ Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat,” katanya lagi. Pasangan ini bertunang pada 23 November tahun lalu.

Isa Khan dan Risteena sudah bertunang

Pelakon dan penyanyi Isa Khan, 26, mengumumkan sudah melamar pelakon Risteena Munim, 30, pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. Pengumuman itu dibuat Isa dalam majlis khas sempena sambutan hari jadi dan pelancaran produk milik Risteena di Bora Ombak. Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama. Dalam pengumuman itu, Isa menjelaskan dia dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM. “Saya tidak perlu kenal Risteena bertahun. Walaupun ada yang cuba membuat perkara tak baik, Risteena tetap percayakan saya.

“Benar saya ada sejarah masa lalu tetapi percayalah ia membuatkan kita menjadi lebih dewasa. “Walaupun saya banyak kekurangan dia sentiasa maafkan dan terima saya seadanya. Saya berjanji akan menjaga dan selalu melindungi dia seumur hidupnya. Saya sangat mencintai Risteena,” kata Isa. Isa meluahkan perkara itu dihadapan kira-kira 100 tetamu yang hadir. Risteena pula menjelaskan, dia tidak kisah dengan kata-kata orang sebelum ini mengenai hubungannya dengan Isa.

“Tak kira apa orang cakap mengenai awak. Saya lebih kenal awak dan saya sayang awak. I love you cinta,” kata Risteena membalas ucapan diberikan Isa. Persoalan siapakah lelaki yang sering dimuat naik Risteena di laman sosial miliknya terjawab dengan pengumuman terbabit. Mengikut perancangan, Risteena sepatutnya bernikah dengan bekas kekasihnya, Ikhwan Khairuddin yang juga seorang pelakon pada November lalu tetapi senyap begitu sahaja sehinggalah kemunculan lelaki misteri dimuat naik Risteena di laman sosialnya.