Sering kurang keyakinan hanya sebabkan ketiak berbau. Ini antara cara paling mujarab untuk menaikkan keyakinan anda.

Tampil yakin dengan ketiak yang bersih dan tidak berbau. Bau ketiak akibat peluh berlebihan dapat menyebabkan badan berbau dan boleh menyebabkan orang di sekeliling berasa tidak selesa. Sebelum bau ketiak membuatkan anda hilang keyakinan diri atau orang lain menjauhi anda, ada baiknya keadaan itu ditangani segera.

Selain menjaga kebersihan tubuh secara rutin, bau ketiak biasanya dapat diatasi dengan penggunaan deodoran. Selain itu, bagi yang tidak suka menggunakan deodoran atau elergi terhadapnya, anda boleh mencuba kaedah semula jadi iaitu menggunakan limau nipis. Selain buah-buahan sitrus yang lain, limau nipis juga kaya dengan vitamin C. Berfungsi sebagai antioksidan, ia juga mampu membunuh 99 peratus bakteria sekali gus membantu menjaga kebersihan ketiak anda.

Limau nipis mampu membunuh 99 peratus bakteria.

Cara menghilangkan bau ketiak dengan limau nipis sangat mudah, iaitu; 1. Sejukkan limau nipis dalam peti sejuk dan lebih baik gunakan limau nipis organik. 2. Belah limau nipis menjadi dua bahagian dan selepas mandi, sapukan ia terus pada ketiak. 3. Tunggu sehingga ketiak kering sebelum memakai pakaian agar jus limau yang disapu pada ketiak tidak melekat pada baju anda. Limau nipis dapat membuatkan ketiak anda kering dan kurang berpeluh serta mengurangkan bau busuk. Sebaik-baiknya, ulang langkah sama setiap hari selepas bangun dan sebelum tidur, terutamanya bagi yang mengalami masalah berpeluh teruk dan sering melakukan aktiviti luar.

Hilang deria rasa sewaktu sakit adalah perkara normal. Kini ketahui penyebab mulut anda terasa pahit.

Perasan tak ketika kita sakit, mulut pasti akan terasa pahit. Rasa pahit itu boleh membuatkan pesakit berasa tidak berselera makan. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam mulut akan berubah menjadi pahit, tawar dan dalam sesetengah keadaan ia akan berasa pelik. Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai dsygeusia atau perubahan deria rasa.

Penyebab mulut terasa pahit ini boleh berpunca daripada sakit disebabkan jangkit4n kum4n seperti demam panas, selesema atau sakit tekak. Selain itu, kehamilan dan kesan sampingan rawatan kimoter4p1 boleh menyebabkan perkara sama. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Monell Chemical Senses Center di Amerika Syarikat pada 2015 berjaya memecahkan teka-teki kepada keadaan itu.

Penyelidik menyimpulkan, perubahan deria rasa ketika sakit dipengaruhi protein daripada sistem imuninasi tubuh yang dikenali sebagai tumor necrosis factor (TNF). Seperti diketahui, tubuh akan melepaskan zat kimia yang disebut sitokin ketika berlakunya jangkit4n dan keradangan. Sitokin atau protein yang membantu sel daya imunisasi ini membantu tubuh kita melawan penyakit. Pelepasan protein TNF tersebut dapat meningkatkan kepekaan rasa sehingga adakalanya mulut akan terasa lebih pahit berbanding biasa. Selain itu, penyebab mulut terasa pahit juga disebabkan penyakit tertentu membuat pesakit tidak peka terhadap bau. Mulut pahit ketika sakit biasanya akan berterusan selama beberapa hari dan tidak memerlukan rawatan tertentu. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya seiring dengan sakit yang sedang dialami ketika itu.

Tahukah anda personaliti diri kita dapat diketahui memalui jawapan yang diberi mengenai gambar ini. Ini rupanya personaliti seseorang itu.

Percayakah anda jika dikatakan bahawa personaliti anda boleh diketahui melalui jawapan yang anda beri mengenai gambar di bawah ini? Mari cubanya sendiri dan baru anda akan tahu sejauh mana kebenaran yang boleh dilihat mengenai diri anda!Lihat gambar di bawah dan apa yang anda dapat lihat pertama kali anda melihat gambar itu- batang pokok, akar pokok atau bibir?

A. Batang pokok

Jika anda melihat batang pokok anda digambarkan sebagai seorang yang extrovert. Anda adalah seorang yang bersopan santun tetapi tidak mudah untuk dipermainkan. Anda juga sangat peka dengan pendapat orang lain mengenai anda. Walaupun anda mempunyai kawan yang ramai tetapi kawan yang benar-benar ikhlas hanyalah beberapa orang. Anda mungkin kelihatan lembut pada luaran tetapi hakikatnya anda mempunyai dalaman yang begitu kuat. Anda juga sangat perahsia dan bijak menyembunyikan emosi sebenar.

Selain itu, anda juga mempunyai standard yang tinggi terhadap orang lain sehingga membuatkan anda sukar mempercayai orang lain. Anda punya sisi ‘misteri’ yang tidak semua orang tahu mengenainya dan tidak semua boleh membaca apa yang sedang anda fikirkan. Anda juga seorang yang berhati-hati akan segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan dan memastikan anda akan terus berjaya dalam karier yang diceburi.

B. Akar pokok

Anda Digambar sebagai seorang yang introvert. Anda mudah menerima kesalahan yang anda lakukan supaya anda dapat mengubahnya pada masa akan datang. Bagi yang baru mengenali anda mereka merasakan anda adalah individu biasa yang tiada kelebihan atau keistimewaan. Namun, setelah lama mengenali anda mereka mulai sedar bahawa anda sebenarnya seorang yang berpengetahuan luas serta mempunyai pemikiran yang tajam.

Anda juga seorang yang sangat berdisiplin dan tekun dalam melakukan apa sahaja. Anda mempunyai prinsip yang teguh dalam setiap perkara.Tambahan lagi anda juga bijak dalam merancang masa depan dan karier dengan sebaiknya. Perkara itu telah memudahkan langkah anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Selain itu, anda juga seorang yang bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri. Anda selalu berazam untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik pada masa akan datang. Walaupun anda seorang yang lemah lembut, baik dan rendah diri adakalanya anda juga memiliki kedegilan tersendiri.

C. Bibir

Anda seorang yang sederhana dan lebih tenang dalam berfikir. Anda juga tidak suka dengan kehidupan yang rumit malah senang dengan kehidupan yang sederhana dan mencukupi. Selain itu anda juga seorang yang fleksible dan mudah mengikuti arus perubahan. Anda juga seorang yang bijak dalam membawa pelbagai idea baru dan bernas kerana pemikiran anda yang mudah dan polos. Anda mungkin kelihatan lemah dan memerlukan bantuan orang lain tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Anda adalah seorang yang kuat dan boleh melakukan apa sahaja dengan sendiri walau sesusah manapun perkara tersebut.

Memandangkan anda adalah seorang yang simple anda tidak suka dengan hubungan yang rumit. Anda mungkin kelihatan seperti orang boleh menceritakan semua perkara kepada orang lain tetapi sebenarnya anda hanya terbuka kepada mereka yang benar-benar anda percaya sahaja.

Sumber: erabaru