Sesetengah orang pasti mengalami sakit kepala belah kanan. Kini anda penjelasannya.

Ramai yang mengalami sakit kepala di bahagian kanan, apa puncanya? Ada sesetengah orang apabila mereka mengalami sakit kepala ia hanya berlaku pada bahagian kanan sahaja. Selain berasa sakit, ia turut disertakan dengan gejala seperti mual, sensitif pada cahaya dan suara serta mata berasa sakit. Berikut adalah beberapa penyebab sakit kepala di sebelah kanan dan cara mengatasinya;

1. Faktor gaya hidup

Antara faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kanan adalah gaya hidup. Tekanan, terlalu banyak berfikir, letih dan tabiat pemakanan antara penyumbang kepada keadaan itu. Selain itu, salah posisi tidur dan duduk juga boleh menyebabkan gangguan otot leher dan memicu rasa sakit.

2. Jangkitan dan 4lergi

Sakit kepala sebelah kanan juga boleh disebabkan jangkitan sinus dan elergi yang menyerang saluran pernafasan. Jangkitan dan elergi ini dapat menyebabkan keradangan. Akibatnya, muncul tekanan dan sakit di belakang tulang pipi dan dahi seterusnya menyebabkan rasa sakit kepala di sebelah kanan.

Menekap ais atau air panas dapat melegakan sakit kepala.

3. Gangguan saraf

Penyebab lain adalah gangguan saraf dan salah satunya adalah keradangan saraf yang mengalir dari bahagian atas sumsum tulang belakang ke kulit kepala. Gejalanya seperti sakit kepala sampai ke leher, mata dan sensitif pada cahaya. Keradangan pembuluh darh arteri di kepala dan leher atau arteritis temporal juga dapat memicu rasa sakit kepala sebelah kanan. Gangguan saraf ini biasanya sekejap tetapi sangat menyakitkan.

4. Kesan sampingan ubat

Kesan sampingan ubat tertentu boleh juga menjadi penyebab kepada sakit kepala seperti ubat tahan sakit dan ubat tidur terutamanya jika diambil dalam tempoh jangka panjang. Bagaimanapun kebanyakan penyebab sakit kepala sebelah kanan ini tidak perlu dibimbangkan kerana kebiasaannya ia akan sembuh dengan sendiri dengan pengambilan ubat yang sesuai seperti paracetamol. Selain itu, menekap bahagian yang sakit dengan ais dan tidur dapat melegakannya. Namun sekiranya ia berlanjutan, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor kerana ada kemungkinan ia sebabkan oleh perkara lain.

Apakah Punca Kerap Sakit Kepala Selepas Bangun Tidur. Disini Ada Jawapannya Yang Membuatkan Anda Tertanya Selama Ini.

Terdapat beberapa sebab ramaii antara kita yang mengalami sakit kepala selepas bangun tidur. Gejala sakit kepala ini sering kali dianggap biasa oleh semua orang. Tetapi tahukah anda sakit kepala adalah satu penyakit yang serius jika serangan itu kerap kali terjadi.

Bagi mereka yang sudah terbiasa mengalami kesakitan ini di pagi hari terutamanya ketika bangun tidur, mereka perlu sedar bahawa itu adalah kesan daripada hari sebelumnya. Justeru, pengambilan ubat sakit kepala setiap kali diserang gejala ini bukanlah sesuatu yang tepat. Malah, seseorang itu perlu mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kesakitan ini terhadap dirinya. Ini merupakan kebarangkalian penyebab seseorang itu mengalami sakit kepala dengan kerap;

Insomnia

Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan seseorang itu susah untuk tidur, seterusnya tidak cukup tidur walaupun terdapat waktu untuk melakukannya. Akibat penderitaan ini, seseorang itu akan bangun tidur di pagi hari dengan rasa sakit kepala.

Mengalami kemurungan atau kebimbangan melampau (anxiety)

Kemurungan pula merupakan faktor risiko insomnia, dan jika seseorang itu berdepan dengan kebimbangan melampau. Individu seperti ini akan lebih sukar untuk tenang dan meredakan diri. Oleh itu, rasa sakit kepala akan dapat dirasai jika seseorang itu banyak berfikir dan berada dalam keadaan yang serabut. Ini selalunya terjadi di pagi hari selepas bangun dari tidur kerana individu seperti ini akan banyak memikirkan hal dunia.

Minuman berkafein

Teh atau minuman yang penuh dengan kafein sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa ia dapat meningkatkan tekanan dar4h seseorang. Peningkatan tekanan darah ini akan menjadi punca seseorang itu mengalami gejala sakit kepala. Antara kaitan sakit kepala ketika bangun adalah disebabkan pengambilan kafein dan akan membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur atau sakit perut.

Ubat-ubatan

Ini selalu terjadi apabila seseorang itu terbiasa dengan pengambilan ubat ketika sakit kepala. Untuk pengetahuan anda, ubat tidak akan membantu anda untuk melegakan sepenuhnya malah akan membuatkan anda rasa sakit kepala selepas hilang kesan daripada ubat tersebut.